pada suatu hari, aku menangis. lalu ada seseorang datang menyapa aku.
2016 : kenapa awak nangis?
aku : kawan aku dah tinggalkan aku buat selamanya.
2016 : awak tak nak lupakan dia and bina life baru?
aku : aku? lupakan dia? senang lah kau cakap sebab kau tak paham perasaan aku. sedih aku, happy aku, gila aku kitorang lalui bersama. and sekarang dia bla camtu je?
2016 : saya tahu. saya tak mintak pun awak delete semua memory awak dgn dia. tapi.. awak kena teruskan hidup awak. takkan nak terus bersedih macam ni?
lalu 2016 menghulurkan tangannya. aku menyambut tangannya dan kugenggam erat. aku tak nak kehilangan kawan aku lagi. walaupun aku tahu kitorang tetap akan berpisah satu hari nanti. sama ada dia yang akan tinggalkan aku. atau..... aku yang tinggalkan dia dulu. cuma aku harap, kehadiran dia dalam hidup aku mampu menyolek perjalanan hidup aku. menjadi lebih cantik. lebih indah. lebih mulia. lebih semangat. lebih matang and lebih baik.
fuhh ayat skema. HAHA sengsara aku menaip.
eh dah tahun baru eh? wah dah makin tua rupanya aku ni. rasa macam baru semalam keluar dari perut mak. baru semalam dapat buka mata tengok dunia. ceh menipu nya ditunjuk. HAHAHA. so sekarang pergi amik kalendar 2016 yang masih bau kedai tu. next step tengok bulan januari and korang kena tanda dekat 12 januari. haa tanda tanda. biar tak lupa. letak note dekat tepi tu "befday pipo comel" kau kata aku comel? ohhh jangan puji aku. nanti merah muka. segan I HAHAHA. yelah almaklum birthday awal2 ni memang selalu dilupakan. dan diabaikan. pasrah je lah. HAHAHA memang list orang yang wish birthday aku boleh kira guna jari. tu pun masih kurang. HAHAHA.
haa siapa suruh keluar perut awal2. padan muka.
so tahun baru ni azam korang apa?
kalau aku, kalau boleh lah kan, aku nak langsaikan semua azam aku tahun2 before ni yang terbantut dekat tengah jalan. almaklum jalan jem. azam before ni pun tak tertunai ada hati nak azam baru. sembang lebat. HAHAHA. takpe tak yah risau. insyaa'Allah kalau kita pasang azam yang baik2, Allah tolong. yang penting usaha tu mesti. bukan mesti je, tapi WAJIB. jangan setakat berbual kosong sambil minum kopi goyang kaki je. HAHA memang sampai ke liang lahat lah takde perubahan. still dalam kelopak air yang sama. tak syok kan camtu. so changes!
harini aku balik asrama. so bye2 and jaga diri korang. okay lah pesanan aku, tahun baru ubah perangai. jadi lebih baik okay? solat cukup and jangan nakal2 ye. ha pas sikit! tapppp! yeahhhh!
start motor, pakai topi keledar and vroommmm. bye ! assalamualaikum *lambai tangan*
nota kepala : harini birthday superhero aku yang paling kacak. kacak gila. and dialah lelaki pertama yang mampu membuat aku jatuh cinta. ayah ! selamat hari jadi and jangan lupa makan banyak2 ! jangan kurus nanti tak comel. HAHA sayang ayah ketat2 and jangan lupa tredmark ayah "meski ku rapuh" HAHAHA almaklum muka sebijik macam opick.