Pages

Sunday, 5 June 2016

MARHABAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM

"ramadhan tiba, ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya Ramadhan marhaban ya Ramadhan. Lalalaa." -Opick-
haii! lama tak jumpa! rasa macam rindu lahh dekat depa hangpa semua. so, apa khabar? how are you? sihat? study okay? cehh, nampak tak caring nya dekat situ. sorry lah sebab macam dah lama tak hiraukan blog ni. ceh padahal takde siapa kisah. HAHAHA. okay, kenapa aku dah lama tak kemas kini blog ni ye? almaklum, seminggu dua before ni aku agak busy jugak lah melayan kawan aku. nama dia BUKU BIN ILMU AL-BOOKING. apa? musuh? eh mana ada. kami sejak dua menjak ni 'bersahabat baik till jannah'.  HAHAHA. amek kau till jannah aku bagi. punya lah rapat gila. musim exam lah katakan. bayangkan lah, tiga minggu straight aku periksa tak henti-henti tau! boleh bersap kepala otak aku. tapi tak susah mana pun, biasa biasa je. just 20 subjek je. tak banyak mana pun. 20 je~ *okay ekceli susah gilaa nak mati macam rasa nak lemas dalam air then hidup semula lepastu terus terjun dalam gaung. fuhh!* itulah, siapa suruh tak study awal2. kan dah frust menonggeng tak dapat jawab time exam haritu. padan muka. dah lah exam kali ni kena capai 70 peratus. kalau tak capai pun takde apa2. just parents kena panggil lepastu kena cari sekolah lain. itu je --" so tak minta banyak daripada korang. just minta time korang tengah tadah tangan tu, selitkan lah sekali nama aku. biar aku lepas target yang sekolah nak. okay? thanks :)

okay ekceli entry aku kali ni nak cerita pasal puasa. takde kena mengena antara yang hidup, yang mati, yang berjalan atau yang baring sekalipun pun pasal exam. tapi yelah tangan menggataii sangat nak taip kan. hemmm. so amacam? cukup tak terawih malam ni? 8 rakaat je? hey apa cerita?! malam first terawih kot. tak kan tak cukup 20 rakaat? bukan 200 rakaat pun. tak patah tak kaki tu! alahai, tak cukup pun takpe beb asalkan ihklas. buat even just 2 rakaat pun takpe. tak ada masalah pun. so dah lepas terawih for 1st night ramadhan! yeah! rasa macam teruja dan agak terkejut juga lah sebab aku rasa macam semalam baru sambut tahun baru then tetiba esok pepagi buta dah kena bangun sahur sebab esok dah start puasa. macam rasa cepat gila masa berlalu.



benda paling aku sukaa gila time ramdhan ni confirm lah bazar. malam2 dah siap list dekat kertas mahjong depan belakang nak makan minum apa after tu bagi dekat ayah. nanti biar ayah beli dekat bazar. kalau boleh aku nak beli semua. ayam percik, air katira, air asam boi, ayam masak merah and kalau boleh dengan penjual2 tu sekali aku nak angkut. biar dia masak dekat rumah aku. HAHAHA. tu benda yang aku suka. benda yang aku benci pulak bila ada orang yang gataii sangat tangan nak post gambar cake ke pizza ke lagi2 jus yang sampai meleleh ais dekat cawan tu. and segala gambar yang berkaitan pasal makan and minum memang aku benci hatta air masak sekalipun. memang pehh. rasa macam nak tembak orang yang post tu. kasihan lah kami yang sedang berpuasa ini wahai manusia. harap gejala ini dapat dibasmi segera. lagi satu paling aku tak suka, time puasa ni lah berat aku makin turun. ohh benci gilaa. cukup lah aku berjalan terbang selama ni. sedih tau tak sedih. and last, tengok lah gambar dekat atas tu. HAHAHA. terseksa zahir batin rasanya.


tiba-tiba teringat masa zaman hingus masih meleleh dulu. bila kita masih kecik dan dipaksa oleh mak ayah untuk berpuasa, so muncul lah segala idea yang menarik menerobos ke gawang minda. banyak gila trick nak ponteng puasa. aku rasa macam semua menatang tu dah kena gari tau. tapi entah lah. nak makan jugak. kenapa? sebab aii tak boleh concentrate lah nak belajar kalau tak makan. aii tak boleh nak solat khusyuk lah kalau tak makan. rasa macam takde life. ceh. puihh. alasan semata-mata. nak buat macam mana kan. setan memang dah takde. tapi nafsu tuu haa. still melekat erat dalam diri. dah jinak. dibagi makan setiap hari. Nauzubillah.
okay, adalah satu cerita ni yang kalau aku ingat balik memang tak boleh move on. satu hari tu, semua family aku takde dekat rumah. aku pun taktau diorang ke mana. tak ingat. yang pelik dan nampak ke'pandaian' aku masa tu, aku boleh minum air paip banyak gila sedangkan water cooler wujud je dalam rumah tu. padahal takde orang tau masa tu. aku pun tak tahu lah apa masalah aku masa tu. padan muka sakit perut guling2 macam boleh sembuh. hah memang padan mukaa. maklumlah, pandai sangat kan. sampai air paip dengan air masak pun tak boleh beza. tepuk tangan sikit. aku dah cakap dah yang aku memang layak masuk clever girl. nak nasihat sikit, lain kali nak ponteng tu pun kena berstrategi. kalau boleh makan KFC terus. setakat air masak ni, baik puasa terus. Astaghfirullah. jangan ikut! nasihat setan --"

tapi takpe. tu masa kecik2. sekarang dah pandai puasa elok2 dah. dah pandai puasa molek2 dah. cuma tak penuh jelah. HAHAHA. bukan sengaja, tapi terpaksa. takpelah, asalkan ganti balik. so apa yang best sangat pasal bulan ramadhan ni? ishh banyak tak terhingga. benda yang takde dekat bulan lain tapi ada dalam bulan ramdhan. nampak tak istimewanya bulan ramadhan ni? so cepat2 lah kejar pahala. biar tinggi cecah langit ke tujuh. bayangkan lah, amalan yang selama ni kita buat dilipat gandakan pahalanya sampai 70 kali ganda. pergh kalau kira guna kalkulator boleh syntax error ! HAHAHA. kalau pahala tu macam duit, confirm kita dah kaya raya and semua orang dapat title jutawan. kalah terlajak laris dengan quputeh. so nak kaya kena kerja keras sikit lah cari amalan for this month. okay?


nak cerita tentang kebaikan bulan ramdhan memang tak habis sampai esok. sebab memang banyak gilaa. kalau nak tahu lebih lagi pasal keistimewaan bulan ramdhan, korang cari lah sendiri dekat uncle google. ada banyak. so sampai sini je kot entry aku kali ni. selamat berpuasa! yang dah macam gajah semoga makin kurus dan aku yang dah sedia kurus ni terus jadi tengkorak lah kot. nak kurus macam mana lagi kan. HAHAHA. jadikan ramdhan kali ni ramadhan yang paling bermakna untuk kita. biar nama kita hot antara malaikat di syurga. mana tahu tahun depan tak sempat. kita tak tahu bila nyawa nak ditarik. so, fighting!
"Puasa adalah perisai. maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. apabila orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan "aku sedang puasa" (dua kali). Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. dia rela meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya kerana Aku. puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiriyang akan membalasnya. Satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya." (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Thursday, 31 March 2016

LEADER OF WAR!

ASSALAMUALAIKUM

3:30 p.m.
okay sebenarnya point aku kali ni adalah nak cerita pasal mimpi aku pagi tadi.
okay start dia mcm ni. jeng jengg jengggg. haa over dia dah start dah. 

suasana bising gila. kawasan yang aku jalan terlalu sesak dengan orang ramai. sampai aku nak jalan pun kena bergesel dengan orang lain. yang lelakinya berjubah hitam siap serban lilit2 dekat kopiah. yang perempuannya pulak berpurdah likup. cukup sempurna! aku tertanya-tanya, siapa diorang ni sebenarnya? rupanya, diorang ni bukan calang-calang orang weh, diorang ni lah umat islam. ya! umat nabi Muhammad. dan apa yg umat ini lakukan? ya Rabb, sesungguhnya kami semua akan berperang dengan syiah laknatullah!* fuh semangat dah naik dah*  disebab kan ni mimpi aku, so akulah heroinnya. HAHAHA tak suka? jangan baca. so siapa panglima? siapakah hero yang sangat bertuah yang dapat berduet dengan heroin yang serba boleh ni? dia adalah.. adalah.. adalah!! rahsia~ chiaa chiaa chiaa. HAHAHAHA. okay so sambung balik cerita. 

disebabkan aku watak utama, so apa2 hal, aku yang kena mula. aku yang kena gerak, barulah anak buah aku yang lain boleh bertindak. tapi, masa tu pihak lawan bersenapang besar woi. aku pulak bertangan kosong. pistol air pun takde, lagi kan gun mcm diorang. siap kereta kebal. memang tak aci langsung. masa tu memang tak tipu ah, perasaan gerun dah meresap 90% dalam badan aku. mana tak nya, I have no arms! memang confirm lah aku kalah dalam pertempuran ni! Hafizah, mana keberanian awak selama ni hafizah? mana? mana?! bangun! bangkit! letakkan seluruh kepercayaan kau pada Allah! kau boleh. yakin. takpe. buang segala resah kau, takut kau. Allah ada. okay aku ikut kata hati aku. berbekalkan keyakinan aku terhadap pertolongan Allah, so aku teruskan niat aku untuk jihad bunuh semua musuh islam. and alhamdulillah. aku berjaya lepasi segala tembakan dari pihak lawan. lepas dengan mudah *sambil angkat satu kening, tangan peluk tubuh, muka kerek*


and then sampai lah satu kawasan. penuh dengan pokok2 besar yang diembunkan salji. diembunkan? macam pelik je ayat. takpe, bedal. serious cantik gila tempat tu. macam gambar dekat atas ni haa. cantik kan? aku pun nyorok lah dekat sebatang pokok yang paling besar. masa aku nyorok tu, sebelah kaki aku ada lopak yg penuh dengan air jernih tau. aku tengok lah air tu, aku nampak bayang2 aku yg terpantul, memang cun. tapi masalahnya.... bukan bayang2 aku sorang jee. aku nampak ada bayang2 orang lain. ada musuh yg datang secara senyap dari belakang. dia acukan pistol betul2 tepat dekat kepala aku. jarak pistol tu dengan kepala aku kalau kira guna kalkulator lebih kurang 3mm. memang dekat gila. ya Allah apa aku nak buat ni? sekelip mata jee syiah ni boleh tembak kepala aku sampai pecah berderai. sekelip mata je aku boleh mati. walaupun mati dalam keadaan syahid, tapi benarkanlah aku untuk mempertahankan deen aku dulu ya Rabb! after aku borak2 dengan hati aku, aku terus buat kiraan dalam hati. 3..2..1.. after nombor satu je, dengan pantas aku terus hayunkan kaki aku kebelakang tepat ke arah tangan lelaki tuuu. kecepakk *bunyi pistol melayang dekat udara* then sepantas kilat aku sambut pistol tu and terus tembak bertubi2 dekat badan lelaki tu. pehhh macho gila. sebijik macam james bond. HAHAHA. well~ heroin jarang mati dekat awal2 cerita beb.


heroin mana boleh duduk diam jee. kena lah gerak. kena atur langkah. kena cekap. biar bertumpah darah. demi maruah. cehh~ so aku beranikan diri keluar dari terus membatukan diri dekat belakang pokok tu. tak nak aku duduk belakang pokok tu je, macam sindrome. tak nampak macam heroin lah nanti. tiba2 mimpi tu terus tukar tempat. biasalah, mimpi~ aku diletakkan dekat satu bangunan yang gelap. bau hanyir menusuk kuat hidung aku. mana tak nya, darah manusia bersepah sana sini. ni kalau buat derma darah bagus jugak. mayat tak payah cerita, bergelempangan merata tempat. fuhh berderau. aku terus jalan. sampai lah dekat satu penjuru bangunan ni, aku berhenti. aku nampak ramai perempuan yg bertudung likup, tapi yang peliknya, diorang semua saling bunuh membunuh antara satu sama lain. tiba2 aku dengar bisikan dekat telinga aku, "jangan kau percaya pada mereka, kerana mereka semua bertudungkan syiah! mereka semua hanyalah bertudungkan kejahatan! HAHAHAHAHA!" 

pipo bangun po ! bangun! dah pagi ! 

Allahhh !!

aku terjaga dari tidur. badan basah kuyup mandi peluh. apa maksud mimpi aku tadi? sekadar mainan tidur atau petunjuk untuk aku ubah hidup aku? ya Allah. 

okay so sampai situ je lah mimpi aku. rasa sedih jugak lah sebab dikejut sebelum mimpi tu habis. nak jugak tau apa yg terjadi dekat heroin tu. HAHA takpe lah takde rezeki. mungkin heroin tu kahwin kot dengan hero dalam mimpi tu. HAHAHA. mungkin lah~ atau heroin tu dibunuh oleh pembisik yg galak tadi, atau heroin tadi bom atom dekat semua orang. hurmmm. semuanya berkemungkinan~ HAHAHA. tak kisah lah, tapi apa yang aku tahu, aku dapat something dalam mimpi aku tadi. what??

jangan percaya semua orang. bukan yang baik tu adalah baik. dan tak semestinya yang jahat tu adalah jahat. 
apa2 yang kau buat, everything! just letakkan segala kepercayaan kau pada Allah. tapi usaha tu wajib ah.
berani pada yang benar. qowiy sikit hati lu tuu beb.


قَاتِلُوا الْمُشْرِكِيْنَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ
“ Dan perangilah orang-orang kafir secara keseluruhan sebagaimana mereka memerangi kalian secara keseluruhan.” (QS. At-Taubah:36)

okay sampai sini jee. lepas maghrib kena balik hostel semula. sebab ada kem insan. and yg tak boleh bla nya abang aku yang conduct. HAHAHA. habis kena buli !! k lah sampai sini jee. 

ASSALAMUALAIKUM.

jihad fi sabilillah. belajar sungguh2. Allah nampak usaha kita, Allah akan bagi seperti apa yang kita usahakan. jika belum rezeki mu, jangan pasrah. kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu.

Friday, 18 March 2016

ADIK AKAK

ASSALAMUALAIKUM

emm emm emmm. dah pukul 4.10 am tapi mata masih nak celik. kena guna elok2 malam ni sebab esok dah kena balik hostel. okay start ah nanti rindu laptop, handphone, and lagi2 mak ayah. confirm rindu gila. eh tak lupa juga, blog mucuk mucuk aii ni. HAHAHA eeyuu gedik mintak kaki. 
okay who what and why yg kau nak cerita kali ni po? ehem today aii nak story tentang seketul adik. nama dia mumtaz sofia and of course lah berbintikan encik fauzi ter handsome. eh tak lah. okay terpaksa aku jujur. sebenar benarnya, ayoh jumpa adik dekat masjid dalam kotak. masa tu dia berbalut kain batik. rasa hiba. najis berak kencing dia semua bercampur dgn badan dia. so ayoh tak sampai hati and ayoh pun bawaklah adik balik rumah. siapa je yg tahan tengok baby lingkungan 2 bulan yg takde mak ayah dekat dlm kotak sorang2, sejuk2. tolong lah hentikan kes buang baby ni. please aku mohon! okay sambung, so dia dah macam darah daging kitorang. membesar sama2. memang time awal2 aku tak boleh terima langsung. ya langsung tapi lama2, sayang tu datang. okay stop buat cerita. HAHAHAHA. sorry adik ! alah gurau sikit pun tak boleh. haaa marah marah! kak pijah terbalikkan campak parit baru tau. adik tetap anak kesayangan mak lah dik! HAHAHA

okay apa istimewanya dia? of course lah sebagai penghibur family aku. anak last lah kateko~ HAHAHA. disebab kan dia baru darjah satu, so cakap pun banyak merepek and takde point. tapi memang tak pernah tak gelak kalau dia buat punchline. semua sampai tak pernah tak sampai! kengkadang nak buat dia sakit hati, aku try lah tahan gelak lepastu buat muka toye tak nak gelak. tapi bila tengok muka dia, terus failed lakonan aku. gelak serta merta. biasa lah budak kecik kan. buat apa pun rasa funny. 

aku ni kakak paling ditakuti. sebab aku ter sangat2 lah garang. HAHAHA. eh aku serious. tapi aku pun tak tahu asal lah kak pijah sorang ni lah yg jadi kakak kesayangan dia. padahal dia ada 4 lagi kakak yg baik2 belaka. padahal semua aku dah buat, cubit dia, tumbuk dia, wrestling dia, tebalikkan dia, kurung dia sorang2 dalam bilik gelap. haa apa lagi? semua aku dah buat. kenapa ek dia suka aku? hemm. well~ aku jelita sangat agak nya. chiiaaa chia chiaa. HAHAHAHA gurau2. 

apa dia suka buat?
setiap malam dia akan masuk bilik aku and ayat dia be like "kak pijah, jom borak2" amboiii kemain macam orang tua nak borak2. okay lah aku layankan dia cerita. "pada zaman dahulu" lah, "adik dekat sekolah kan", "tadi adik mimpi" lah, "haritu kan" and memacam dia bebel. tak berhenti. langsung. even aku dah jerit satu rumah, "adik diam!!" and dia akan gelak dan teruskan cerita.haih budak kecik ni, nak je aku sumbat kapas dekat mulut dia. 
suka sangat buat aiskrim and ajak aku makan sama2. tapi ais krim dia memang tak attractive langsung! aiskrim sirap, laici, barli, and semua lah yang guna kordial. dan kengkadang rasa mcm makan aiskrim air jarang. HAHAHAHA. takpe lah. tu je kan yg paling senang setakat letak air bubuh kordial lepastu godak. buat lah dik asal kau bahagia di samping suami tercinta. aik? fikir kelakar po? okay lah aiskrim ni actually favourite dia. sebab tu lah gigi rongak mcm kena makan tikus. HAHAHAHA padan muka!
ego. jarang nampak dia nangis sebab dia tersangat sangat lah bajet hati kental. HAHAHA serious. even aku cubit dia sampai pulas kulit nak tertanggal pun dia cakap tak sakit. ego betul. padahal baru darjah satu tu. member sebaya dia baru kena ejek dah nangis ngadu mak ayah. adik aku ni memang pailang betul. HAHAHA. paling tak tahan bila dia cakap, "tak sakit langsung, kuat lagi boleh tak. macam tak sentuh?" yuh yuh yuhh. dia yang buat aku nangis ada lah. mana tak nya. jari aku kena libas dengan raket sampai kuku patah. muka aku kena cakar sampai darah2. pehh memang gangster. HAHAHA

 
dia sangat kuat imaginasi. okay contoh " kak pijah, cuba bayangkan lidah kak pijah dicucuk paku lepastu letak limau purut. aduhhh! sakit nya. kaki adik dah mula lemah ni tak boleh jalan." HAHAHA dah tau lemah tu tak payah lah nak bayangkan! lepastu nanti mintak di dukung. kalau ringan tu takpe tau. larat jugak lah aku nak dukung. aku ni dah lah kurus mcm lidi. 
kaki kacau bila aku chat dengan someone. and mulalah nak buat voice. nyanyi lah apa lah. memang memang lah tersangat memang menyibuk. makin tak bagi makin lah dia kacau.
tak main lah nak minat lagu orang melayu ni. not her taste. semua lagu favourite dia lagu orang putih mat salleh2. drag me dowm lah paling dia suka. kalau pandai speaking tu takpe tau. ni, Masya'Allah! HAHAHA. bayangkan lah, korus lagu drag me down tu jadi " no pari no pari, no pari han hen haww" aduh sis tak kuat! berdekah.  adik adik, macam2! belum lagu lain nya lagi. parah! HAHAHA
for the last, dear mumtaz sofia ;
 
kayyy dah2. cukup! tidurlah wahai seketul pipo!  hari sudah pagi nak. jangan kau kesal esok tidak terbangun bersujud di subuh hari! selamat malam. eh? selamat pagi and tataaaaa

Tuesday, 15 March 2016

MUNAFIK ZRENGG

ASSALAMUALAIKUM

okay sekarang depan kipas volume 3. tu pun masih rasa panas. rasa macam nak amik flight terbang ke kutub utara sana nak mandi ais. fuhhh. eh before lupa, happy school holiday for a week! *lompat2 keriangan. so how? cuti ni ke mana? aku duduk rumah jee. jaga baby baru. Abdullah Faqih namanya. adik? HAHAHA emak kita dah 50 tahun awak. of course lah anak sedara. muka dia comel lebih kurang mcm aku tambah nora danish sikit. HAHA. kalau muka macam aku confirm comel gila.


eh korang mesti dah tengok movie MUNAFIK kan? alah yang Syamsul yusuff punya filem tu. kalau belum better pergi tengok. sebab cerita tu memang ter sangat2 lah gempak gila gebabom sampai tercampak pop corn dekat dalam panggung. mana tak nya, semua scene berhantuu. HIHIHIHI~ *bunyi hantu mengilai*. major semua jerit. aku macho sikit. tak jerit, cuma tutup muka gitu2 jee. kang aku jerit keluar suara jantan aku ni. HAHAHA. time tu aku tengok movie ni dengan member aku, mai. aku ni yang duduk jiran dengan kerusi dia, habis.. kepala aku ditarik, tangan aku digenggam. habis basah lecun kena peluh dia. lepastu jerit tepat dan padu dekat telinga aku. lebih 10 kali kot dia jerit. keluar panggung jee habis pekak telinga aku. 

yang aku respect gila dekat movie ni sebab aurat memang tersangat lah jaga. sentuh lelaki perempuan pun takde. bayang kan lah, part last dekat movie ni aku nangis kot. anak syamsul yusof tuu mati. memang mengusik jiwa aku. takde tisu, tiket wayang tu jadi lap air mata. HAHA. yang paling syok time nabila huda kena rasuk. fuhh cakap arab full. berderau terlinga aku dengar. bulu roma tercacak mcm nyanyi lagu Negaraku. the most important thing, cerita ni banyak buat aku taubat. lagi2 time jin panggil member dia, Dajjal. Nauzubillah mohon dijauh kan dari godaan syaitan.

okay apa yang aku dapat? 
first, plat kereta ustaz adam 6025 [6:25] Al-an'am- Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca al-Quran) pada hal Kami telah jadikan tututpan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) ; dan kalaupun mereka melihat tiap2 keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang2 kafir itu: "ini tidak lain hanyalah cerita2 dongeng orang2 dahulu"
second, plat kereta ustaz adam yang accident tu 8331 [83: 31] Al-Mutaffifin- Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira.
Munafik.
Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI. Sekali lagi, Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI. Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu. Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik. Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia. Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik. Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2. Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri. Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !

dah sampai sini jee. tengok tau jangan tak tengok. tengok ramai2. takut lemah semangat terus kena heart attack and meninggal. dah satu hal masuk berita 'meninggal tonton cerita Munafik' -_-. ambil pengajaran dia hadam elok2 dalam hati korang sampai senak.  alright?

ehh before lupa. kau apa khabar? HAHA nak masuk chat tapi orang dah lupa aku, nak buat macam mana kan? ni nak wish awal. nanti takut aku lupa, happy birthday. ni pun kalau kau baca. kalau tak, sudah. takpe. siapa lah aku kau nak ingat. HAHAHAHA kay2 pesanan last ;


k caww.

Friday, 12 February 2016

JANGAN BACA

ASSALAMUALAIKUM.


okay ni merupakan entry last aku untuk cuti kali ni sebab harini aku dah kena balik asrama. oh tidakk. dengan homework aku yang 100 peratus aku tak sentuh langsung even secuit. padahal dah bawak balik rumah segala buku addmath, syariah islam semua tu tau. buku rujukan lah latihan lah teks lah ha apa lagi? semua aku dah angkut bawa balik. berat dia macam sekantung beras. yelah, kononnya nak siap kan. sekali tak menyudah cuti seminggu tapi sampai hari ni, hari last tak sentuh. langsung. mula2 macam malas gila nak bawa sebab aku dah agak dah yg aku ni spesies yg kalau nampak handphone tak nampak benda lain. tapi dah form4 ni ingat nak azam baru. tak nak tangguh2 kerja lagi dah. sekali.. HAHAHA. aku dan handphone berpisah tiada! hemm takpe pipo. macam tak biasa stay up malam2 dekat asrama buat air vico cecah biskut mayat sambil nyanyi dgn suara kau yang merdu gila. HAHAHA. kalah jeklin vikter you~

okay entry ni takde point pun sebenarnya. tak payah baca pun takpe. sebab aku dah boring sangat tahap katak dalam kolong and tak tahu nak buat apa *macam tadi dia cakap homework belambak tau*.

tiba2 pulak aku teringat time aku rentas desa and ping pong mssd. aku tak sangka pulak aku ni dikurniakan tuhan dapat member yang semuanya sweet2 belaka. entah sejak bila entah diorang ni nak sweet2 dengan aku. geli geliman I jadinya HAHAHA. takdelah, aku nak pergi sukan je pun, tapi cara diorang macam aku ni nak pindah ke india sana. siap buat letter. ada love2 bagai. ayat semua nak sweet talker. aduhh parah.
take care pipo. jaga diri dekat sana. jaga mata. lari elok2. penat duduk tau. jangan terus lari. jaga kesihatan. nanti sakit susah. sayang kau.
HAHAHAHA. yang paling sweet siap ada bagi cokelat bentuk love tu. yuhhhhhh. tak tahan aku gelak. nak bagi spirit dekat aku lah tu kononnya. aduhhh comel betul member2 aku ni. terima kasih lah banyak2. korang buatkan semangat aku melonjak naik secara mendadak sehingga kelajuan 120km/j sampai ke angkasa. disebabkan aku terlalu hyperactive and semangat, so rentas desa dapat nombor 157. yeahh! *tepuk tangan sambil menangis* HAHAHAHA. di luar jangkaan kan? cara aku macam dapat nombor satu je. tak paham betul aku. aku dah lari laju tau *ceh padahal lari 5 peratus je yang lagi 95 tu semua jalan* tu pun nombor 157. peserta lain tu naik hoverboard agaknya. laju semacam. hadiah takde, hitam je lebih. oh tahniah pipo. hehhh.

tapi kira okay lah jugak. daripada tahun lepas. mssd nombor last. HAHAHA. sampai malu tahap nyorok dalam selimut punya pasal, aku terus tak amik nombor. cikgu tanya nombor berapa. aku jawab 'lupa cikgu' *sambil sengih*. lepas tu terus beli abc. hah amik kau terus krem kakinya. rasa macam nak tanggalkan hantar dekat mekanik je tau. ping pong jangan cerita. tak mampu aku nak cerita. HAHAHA.


tiba2 teringat pulak. aku ada dapat satu letter before aku balik cuti hari tu. diterbangkan dari seorang sahabat. dua text pad full. takde ruang kosong walau sikit pun. dan tulah satu2 nya letter yang betul2 sampai ke hati aku. aku dapat rasa letter tu bukan sekadar tulis saje2, tapi tulis dengan hati yg penuh ikhlas. ikhlas untuk berubah. rasa pelik jugak dapat letter tu, sebab biasanya member aku tu akan cakap face to face. cerita walau segan tahap babun pun dia akan cerita face to face. tapi kali ni dia cerita dekat letter. pelik sungguh. and bila aku bukak letter yang dilipat mcm bentuk lepat pisang tu, aku gelak. bunyi nya macam ni = HAHAHAHAHAHAHAHA. masa tu aku belum baca lagi. tu pun dah kelakar. and bila aku start baca, yang tadinya ketawa dah start serious. bila aku dah serious, tiba2 menitik satu persatu air ke jari aku. okay aku ingat hujan. sebab aku memang tak sedar yang air tu datang dari mata aku. tangan aku menggeletar. hati aku hiba. air mata tak berhenti. letter yang panjang tu terus aku baca. tanpa henti. 

subhanallah. Engkau berikanlah syurga buat sahabatku ini ya Allah. Engkau ampunkanlah segala dosanya. yang lalu atau akan datang. Engkau letakkan lah namanya dalam senarai yang mendapat syurgamu ya Allah. Amin
apa isi letter dia? sampai boleh usik hati aku yang jarang menangis ni? sesungguhnya ianya penuh dengan kebaikan. semua kebaikan. okay aku tak nak cakap apa isi letter dia. point aku cerita benda ni sebabnya first sekali, suka hati aku lah blog aku. and second, manusia boleh berubah. ya. boleh berubah dari jahil kepada mengenal tuhan. selagi kita masih bernyawa, selagi tulah pintu taubat terbuka luas untuk kita. jangan tangguh taubat. okay, kenapa bila nak berubah, rasa payah gila? rasa mcm belambak dugaan datang kan? sebabnya.. Allah nak tengok kau betul2 nak berubah ke atau main2. and third. sayang mak ayah kau tahap gila2 punya. tahap paling maksimum sekali. kenapa aku cakap macam ni? okay ni actually respon aku terhadap letter member aku tuu. dia mintak untuk aku yang dah cukup jahil ni untuk ubah hidup dia. yang aku rasa life dia more better dari aku. aku cuma bagi apa yang aku mampu.

okay aku rasa terharu gila. orang respect aku. bukan nak bangga. langsung tak. aku bukan baik mana pun. nakal jugak macam orang lain. gonjeng jugak macam life orang lain. cuma satu, aku pesan, nak orang respect kita, first sekali, kita kena respect orang. macam mana? bukan setakat depan2 je respect. tapi dekat belakang dia, kalau rasa nak ngumpat pasal dia, tolong rasa serba salah and terus hentikan. tak mati tak kalau tak ngumpat. kan? sihat walafiat je haa. sedih kadang2 bila member kau sendiri kena kutuk dengan orang lain. and lagi sedih bila aku terdengar dgn telinga aku sendiri. next, banyakkan nangis. bukan sebab bukan mahram yang belum tentu jodoh kau. tapi luangkan masa kau atas sejadah untuk Tuhan. mintak dekat Allah biar tiada kebencian dari orang lain untuk kau. simple je kan. ikut jalan kanan. senang. uishhhh panjang. HAHAHAHA. saje2 before balik ni. harap dapat bagi benefit. baca benda ni jangan tengok dari orang yang memberi, sebab aku pun takde lah baik mana. guna bahasa pun kasar2 jugak. tapi ambil isi yang baik sebab semata-mata kerana Allah. okay?

ada yang baca sampai sini ke? HAHAHA. yang baca tu memang degil. aku dah cakap jangan baca. nak jugak baca. siapa suruh. kan dah kena bebel. aku tahu, yang baca ni semua baik2 belaka. tak gitu? HAHAHA.


jangan menilai orang. bukan hak kita. tu semua urusan Allah. jangan ganggu life orang. hidup dengan life kau sendiri. orang tak kacau kita kalau kita tak kacau orang. lincai beb ~

Tuesday, 9 February 2016

AIPP TANGAN !

ASSALAMUALAIKUM

duduk tepi tingkap, memandang bintang sambil terkenang kan seseorang yang dah jauh. ya. sangat jauh. dekat mana dia sekarang pun aku tak tahu. rasa rindu mengundang. oh rokkarl, basikalku! kenapa lah kau lesap mcm tu je tanpa khabar berita. haihhh. siapa punya angkara ni? siapa kebas? siapa yang memisahkan pasangan kekasih ni? orang gila sebelah rumah tu ha. peh peh. rasa macam nak tabur minyak keliling rumah dia lepas tu baling lighter. biar terbakar dengan orang nya sekali sampai hangus gosong. basikal kesayangan kott. hadiah terakhir dari arwah nenek. haihh. pipo! rilek rilek. tarik nafas.. hembus. tarik.. hembus. tenang weh. kau halal kan je. mamat tu pun orang gila. kehulur kehilir bawak parang dekat tangan. kang tak sempat kau nak bakar rumah dia, kau dah kena hiris dulu dengan dia macam bawang. nak ke? tak kan. HAHAHA tak memasal. so redha je. beli basikal baru. senang. 
"jangan kau hinakan orang gila, kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya. sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya."
 okay aku tak kisah kalau basikal aku mahal2 hilang sebab orang gila yang kebas. its better daripada duit seringgit aku hilang kena amik tanpa izin oleh orang yang bersekolah pandai. oh memang aku tak boleh terima. sangat! konon takde duit nak makan. alasan semua tu. boleh je kan pinjam? aku bukan marah, cuma nasihat. mencuri tu berdosa beb. dosa tu bukan gula2 tau. so kenapa still buat? pulangkan balik apa yang dicuri, tadah tangan, minta ampun dekat yang Maha pemberi rezeki.

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Maidah : 38-39]
berapa kali dalam kehidupan ini kita bersyukur dengan nikmat akal yang Allah berikan, nikmat kewarasan yang Allah kurniakan. kita seolah olah lupa bahawa nikmat kewarasan ini juga boleh Allah tarik sama seperti Allah mampu menarik nikmat2 lain. 
bersyukur lah sebab masih boleh bezakan yang mana tahi yang mana permata. tak gila. bersyukur bebanyak. gunakan akal betul2 fikir apa yang kita buat. jangan syok sendiri pentingkan diri. duniawi semua tu. cehh ayat. HAHAHA. macam aku cakap tadi, bukan marah, cuma nasihat. okayy cill. caw dulu.

ASSALAMUALAIKUM.
aipp tangan jangan nak degil sangat. duduk diam2 

Sunday, 7 February 2016

SAHABAT

entry aku kali ni aku point kan khas untuk someone yang special gila dalam hidup aku. siapa? SAHABAT.

siapa tu sahabat? 

semua tahu siapa tu sahabat. mesti lah orang yang always dengan kita. paling banyak tahu rahsia kita.kalau boleh nak berkepit selalu dengan diorang. tapi, siapa je sangka perpisahan yang menyakitkan datang mengundang. sepatut nya aku abaikan je apa yang aku rasa ni. ya. abaikan. abaikan apa yang aku rasa dalam hati aku. hati aku yang paling dalam. kenapa? sebab sampai sekarang, aku sendiri tak tahu macam mana nak lepaskan korang.

apa yang aku rasa ni terlalu sakit. terlalu perit. sampai aku sendiri pun tak tahu nak terangkan. sepatutnya aku perlu lari dari korang. pergi dari korang. sebab aku tahu, waktu pertemuan kita tak lama mana pun. tapi aku tak mampu weh. kenapa? sebab aku terlalu sayang sangat dekat korang.

korang tak perlu cakap apa apa pun, tapi aku dah boleh belajar apa itu kasih sayang dari korang. tak perlu berkata, korang dah bagi aku faham apa itu erti cinta dengan sangat mendalam. and last2, korang pergi. pergi dari hidup aku. 

tak perlu berkata, rasa cinta yang hadir dari korang dah tinggal kan aku. tanpa bicara, rasa gembira dengan korang hanya tinggal kenangan. aku tak mampu nak luahkan semua ni dekat korang. sebab bibir aku kelu. bisu tanpa bicara.

untuk sahabat aku yang tergonjeng, terhebat, terbaik, terlawak, terrejal, tersopan santun, terpandai, terannoying, and semua ter ter. aku nak korang semua tahu, betapa dalam nya rasa sayang aku dekat korang. kalau boleh belah hati aku, aku rasa dah luka berdarah and berkecai semua. tapi takpe, korang tak perlu risau, aku dah jahit balik hati aku. aku dah ukir balik senyuman aku yang dah semakin pudar. sebab aku tahu. pemergian korang adalah jalan yang terbaik. semua ni demi masa depan korang.

waktu persahabatan kita dalam masa yang singkat ni, dah banyak mengajar aku apa itu maksud SAHABAT yang sebenarnya. jangan risau, senyuman korang, muka hodoh korang time korang tidur, nangis korang, gelak korang, dengki korang dekat aku, merajuk korang, baik korang and semua lah. aku dah rakam dalam kepala aku. buat tatapan aku time aku rindu korang. time aku terkenang kan korang.

jangan lupa makan banyak2 dekat sana. kalau sakit cepat2 makan ubat. solat jangan tinggal. tu memang paling pnting. kalau boleh ihtiat still kerek macam dekat smapr. tengok bukan muhrim pun tak ingin. cehh. HAHAHA. aurat jaga. jangan nangis nanti muka buruk. and semua lahhh.
dayang, aku ingat kata2 kau sampai sekarang, jangan lupakan kau. lupakan kau? mustahil weh. aku akan rindu kau sampai bila2 especially taik lalat kau. HAHAHA.
nuri si munggil, kau cakap jangan habiskan air mata aku untuk kau sebab sia2 je. nuri, sampai air mata aku kering sekalipun aku tak kisah weh. air mata tu pun belum tentu cukup untuk balas pertolongan kau dekat aku selama ni.
bing bong aka si keteng. sorry koyakkan payung kau,tak sengaja. almaklum hujan lebat. takpe aku dah ganti kan. semoga cita2 kau tercapai and jangan pasif! teruskan menghafal. paham doktor? 
ana si tikus. kau kawan paling kelakar aku rasa. semua benda yang kau buat takde yang tak kelakar. punchline selalu sampai. boleh gila aku dengan kau. penat gelak. HAHAHA. terima kasih sesangat ana.
haris si kucing garong, semoga ydp dekat mp. 
tora, teruskan dengan betah kau and soalan yang kbat nak mati dekat kisas. kasi ternganga itu sekolah. bawa nama sekolah baik2. aku percaya kau.
semua yang aku tak sebut, aku tetap ingat korang. cuma ramai sangat aku nak list kan.
terima kasih sangat2 sebab sudi datang dalam hidup aku. terima kasih. aku hargai gila. maaf salah silap kalau aku buat salah and sakit kan hati korang. kita kosong2. ea? kalau boleh korang lah yang pimpin aku masuk syurga nanti. kita jiran eh dekat syurga. 

"jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (riwayat Abu Daud)
saaaayang korang ketat2 dunia akhirat !!!!!

Friday, 22 January 2016

BELATED BIRTHDAY PO!

hey po! happy belated birthday to you! takde siapa nak nyanyi untuk kau po, HAHAHA kesian. so pergi tengok cermin sekarang and nyanyi lagu happy birthday sambil tepuk tangan macam orang gila.  okay? go now!

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to pipo
happy birthday to you~
 birthday dah lepas dah. kena tunggu lagi setahun. tak lama pun. serious tak lama! kau pejam mata celik balik dah setahun dah. okay tipu. ahh hambar nya birthday awal2 ni! member pun tak sempat nak prepare hadiah. so memang aku terharu sangat lah pada ketul2 yang ingat birthday aku. okay biar aku list hadiah yang aku dapat.
1. laci ajaib : HAHAHA ni hadiah dari mairus. apa yang ajaib nya ek? okay lah aku nak korang imagine bila aku buka satu per satu laci tuu, and sampai part laci yang last, muncul seekor labah2 yang besar lagi seram. ohh magic gila sampai terkejut tahap tercampak laci tu sampai patah. the end. btw cantik mai laci tuu. colourful sangat.

2. beg menangis : hah yang ni serious terharu. terharu gila. terima kasih sengsangat kak nurul! aku punya lah kumpul duit setiap hari seposen, semata mata nak beli beg tu, and tetiba kau sanggup habiskan duit kau semata-mata nak belikan beg tu as hadiah untuk birthday adik tersayang kau ni. nangis sampai sekotak tisu weh. peh hiperbola dia HAHAHA.

3. baju semut : okay aku bagi nama dia semut bukan sebab ada gambar semut eh. tapi sebab sebab sebab sebab baju ni saiz dia macam semut. HAHAHA serious jul baju yang kau bagi ni kecik sangat! leher aku pun tak muat. tapi takpe weh. jangan risau. nanti aku frame cantik2 siap border gold kasi gantung dekat bilik aku eh? thanks!

4.seluar pelekat : HAHAA. kau macam tahu2 je kan dayang. aku memang dah lama nak beli seluar tu. perati je aku dekat kedai. and then tetiba kau bagi aku seluar tu as hadiah birthday. dari mana kau tahu aku nak seluar tu? mimpi? haa nampak tak chemistry kuat kat situ? sweet lah tu kononya. puihh HAHAHA. gurau. aku nak cakap yang seluar tu comel sangat. thanks!

5. jubah mop : kenapa mop pulak? HAHAHA sebab jubah yang mak bagi ni memang betul2 mengelap lantai. bersih licin sampai tiada habuk. panjang terlebih! tapi takpe mak. pakai jubah ni ada rasa feeling ala ala cinderella sikit sebab kena angkat jubah nya kalau nak jalan. terima kasih mak! sayang mak!

6. gemuk : ya ya ya. belanja makan memang part ayah. setiap birthday anak ayah memang ayah akan belanja makan. and bila nampak makanan ingat ayah. and bila ingat ayah ingat makanan. and bila ingat makanan jadi gemuk. kesimpulan nya? nak peluk ayah! HAHA

7. kek pelekat : haa ni present paling last and paling mengejutkan. kek buatan tangan weh? wow tak pernah orang buat untuk aku. and tetiba kau buat. rasa macam nak lompat bintang 10 kali rasanya. thanks sangat2. even aku makan sikit je sebab yang lain member aku makan, tapi sampai sekarang masih rasa lah sedap nya kek kau tu. HAHAHA ni puji ni. jarang kan aku puji.

dah tu jee. HAHAHA panjang an? siapa suruh baca. kay2 tu je. bye. assalamualaikum !

nota : gembirakan hati orang, Allah akan gembirakan hati kita. senyum selebar lebarnya dan rasalah indah nya dunia. 
TIADA INDAH BICARA MAMPU DIUNGKAPKAN. HANYA BICARA HATI DAPAT KULUAHKAN.