Pages

Friday, 12 February 2016

JANGAN BACA

ASSALAMUALAIKUM.


okay ni merupakan entry last aku untuk cuti kali ni sebab harini aku dah kena balik asrama. oh tidakk. dengan homework aku yang 100 peratus aku tak sentuh langsung even secuit. padahal dah bawak balik rumah segala buku addmath, syariah islam semua tu tau. buku rujukan lah latihan lah teks lah ha apa lagi? semua aku dah angkut bawa balik. berat dia macam sekantung beras. yelah, kononnya nak siap kan. sekali tak menyudah cuti seminggu tapi sampai hari ni, hari last tak sentuh. langsung. mula2 macam malas gila nak bawa sebab aku dah agak dah yg aku ni spesies yg kalau nampak handphone tak nampak benda lain. tapi dah form4 ni ingat nak azam baru. tak nak tangguh2 kerja lagi dah. sekali.. HAHAHA. aku dan handphone berpisah tiada! hemm takpe pipo. macam tak biasa stay up malam2 dekat asrama buat air vico cecah biskut mayat sambil nyanyi dgn suara kau yang merdu gila. HAHAHA. kalah jeklin vikter you~

okay entry ni takde point pun sebenarnya. tak payah baca pun takpe. sebab aku dah boring sangat tahap katak dalam kolong and tak tahu nak buat apa *macam tadi dia cakap homework belambak tau*.

tiba2 pulak aku teringat time aku rentas desa and ping pong mssd. aku tak sangka pulak aku ni dikurniakan tuhan dapat member yang semuanya sweet2 belaka. entah sejak bila entah diorang ni nak sweet2 dengan aku. geli geliman I jadinya HAHAHA. takdelah, aku nak pergi sukan je pun, tapi cara diorang macam aku ni nak pindah ke india sana. siap buat letter. ada love2 bagai. ayat semua nak sweet talker. aduhh parah.
take care pipo. jaga diri dekat sana. jaga mata. lari elok2. penat duduk tau. jangan terus lari. jaga kesihatan. nanti sakit susah. sayang kau.
HAHAHAHA. yang paling sweet siap ada bagi cokelat bentuk love tu. yuhhhhhh. tak tahan aku gelak. nak bagi spirit dekat aku lah tu kononnya. aduhhh comel betul member2 aku ni. terima kasih lah banyak2. korang buatkan semangat aku melonjak naik secara mendadak sehingga kelajuan 120km/j sampai ke angkasa. disebabkan aku terlalu hyperactive and semangat, so rentas desa dapat nombor 157. yeahh! *tepuk tangan sambil menangis* HAHAHAHA. di luar jangkaan kan? cara aku macam dapat nombor satu je. tak paham betul aku. aku dah lari laju tau *ceh padahal lari 5 peratus je yang lagi 95 tu semua jalan* tu pun nombor 157. peserta lain tu naik hoverboard agaknya. laju semacam. hadiah takde, hitam je lebih. oh tahniah pipo. hehhh.

tapi kira okay lah jugak. daripada tahun lepas. mssd nombor last. HAHAHA. sampai malu tahap nyorok dalam selimut punya pasal, aku terus tak amik nombor. cikgu tanya nombor berapa. aku jawab 'lupa cikgu' *sambil sengih*. lepas tu terus beli abc. hah amik kau terus krem kakinya. rasa macam nak tanggalkan hantar dekat mekanik je tau. ping pong jangan cerita. tak mampu aku nak cerita. HAHAHA.


tiba2 teringat pulak. aku ada dapat satu letter before aku balik cuti hari tu. diterbangkan dari seorang sahabat. dua text pad full. takde ruang kosong walau sikit pun. dan tulah satu2 nya letter yang betul2 sampai ke hati aku. aku dapat rasa letter tu bukan sekadar tulis saje2, tapi tulis dengan hati yg penuh ikhlas. ikhlas untuk berubah. rasa pelik jugak dapat letter tu, sebab biasanya member aku tu akan cakap face to face. cerita walau segan tahap babun pun dia akan cerita face to face. tapi kali ni dia cerita dekat letter. pelik sungguh. and bila aku bukak letter yang dilipat mcm bentuk lepat pisang tu, aku gelak. bunyi nya macam ni = HAHAHAHAHAHAHAHA. masa tu aku belum baca lagi. tu pun dah kelakar. and bila aku start baca, yang tadinya ketawa dah start serious. bila aku dah serious, tiba2 menitik satu persatu air ke jari aku. okay aku ingat hujan. sebab aku memang tak sedar yang air tu datang dari mata aku. tangan aku menggeletar. hati aku hiba. air mata tak berhenti. letter yang panjang tu terus aku baca. tanpa henti. 

subhanallah. Engkau berikanlah syurga buat sahabatku ini ya Allah. Engkau ampunkanlah segala dosanya. yang lalu atau akan datang. Engkau letakkan lah namanya dalam senarai yang mendapat syurgamu ya Allah. Amin
apa isi letter dia? sampai boleh usik hati aku yang jarang menangis ni? sesungguhnya ianya penuh dengan kebaikan. semua kebaikan. okay aku tak nak cakap apa isi letter dia. point aku cerita benda ni sebabnya first sekali, suka hati aku lah blog aku. and second, manusia boleh berubah. ya. boleh berubah dari jahil kepada mengenal tuhan. selagi kita masih bernyawa, selagi tulah pintu taubat terbuka luas untuk kita. jangan tangguh taubat. okay, kenapa bila nak berubah, rasa payah gila? rasa mcm belambak dugaan datang kan? sebabnya.. Allah nak tengok kau betul2 nak berubah ke atau main2. and third. sayang mak ayah kau tahap gila2 punya. tahap paling maksimum sekali. kenapa aku cakap macam ni? okay ni actually respon aku terhadap letter member aku tuu. dia mintak untuk aku yang dah cukup jahil ni untuk ubah hidup dia. yang aku rasa life dia more better dari aku. aku cuma bagi apa yang aku mampu.

okay aku rasa terharu gila. orang respect aku. bukan nak bangga. langsung tak. aku bukan baik mana pun. nakal jugak macam orang lain. gonjeng jugak macam life orang lain. cuma satu, aku pesan, nak orang respect kita, first sekali, kita kena respect orang. macam mana? bukan setakat depan2 je respect. tapi dekat belakang dia, kalau rasa nak ngumpat pasal dia, tolong rasa serba salah and terus hentikan. tak mati tak kalau tak ngumpat. kan? sihat walafiat je haa. sedih kadang2 bila member kau sendiri kena kutuk dengan orang lain. and lagi sedih bila aku terdengar dgn telinga aku sendiri. next, banyakkan nangis. bukan sebab bukan mahram yang belum tentu jodoh kau. tapi luangkan masa kau atas sejadah untuk Tuhan. mintak dekat Allah biar tiada kebencian dari orang lain untuk kau. simple je kan. ikut jalan kanan. senang. uishhhh panjang. HAHAHAHA. saje2 before balik ni. harap dapat bagi benefit. baca benda ni jangan tengok dari orang yang memberi, sebab aku pun takde lah baik mana. guna bahasa pun kasar2 jugak. tapi ambil isi yang baik sebab semata-mata kerana Allah. okay?

ada yang baca sampai sini ke? HAHAHA. yang baca tu memang degil. aku dah cakap jangan baca. nak jugak baca. siapa suruh. kan dah kena bebel. aku tahu, yang baca ni semua baik2 belaka. tak gitu? HAHAHA.


jangan menilai orang. bukan hak kita. tu semua urusan Allah. jangan ganggu life orang. hidup dengan life kau sendiri. orang tak kacau kita kalau kita tak kacau orang. lincai beb ~

Tuesday, 9 February 2016

AIPP TANGAN !

ASSALAMUALAIKUM

duduk tepi tingkap, memandang bintang sambil terkenang kan seseorang yang dah jauh. ya. sangat jauh. dekat mana dia sekarang pun aku tak tahu. rasa rindu mengundang. oh rokkarl, basikalku! kenapa lah kau lesap mcm tu je tanpa khabar berita. haihhh. siapa punya angkara ni? siapa kebas? siapa yang memisahkan pasangan kekasih ni? orang gila sebelah rumah tu ha. peh peh. rasa macam nak tabur minyak keliling rumah dia lepas tu baling lighter. biar terbakar dengan orang nya sekali sampai hangus gosong. basikal kesayangan kott. hadiah terakhir dari arwah nenek. haihh. pipo! rilek rilek. tarik nafas.. hembus. tarik.. hembus. tenang weh. kau halal kan je. mamat tu pun orang gila. kehulur kehilir bawak parang dekat tangan. kang tak sempat kau nak bakar rumah dia, kau dah kena hiris dulu dengan dia macam bawang. nak ke? tak kan. HAHAHA tak memasal. so redha je. beli basikal baru. senang. 
"jangan kau hinakan orang gila, kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya. sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya."
 okay aku tak kisah kalau basikal aku mahal2 hilang sebab orang gila yang kebas. its better daripada duit seringgit aku hilang kena amik tanpa izin oleh orang yang bersekolah pandai. oh memang aku tak boleh terima. sangat! konon takde duit nak makan. alasan semua tu. boleh je kan pinjam? aku bukan marah, cuma nasihat. mencuri tu berdosa beb. dosa tu bukan gula2 tau. so kenapa still buat? pulangkan balik apa yang dicuri, tadah tangan, minta ampun dekat yang Maha pemberi rezeki.

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Maidah : 38-39]
berapa kali dalam kehidupan ini kita bersyukur dengan nikmat akal yang Allah berikan, nikmat kewarasan yang Allah kurniakan. kita seolah olah lupa bahawa nikmat kewarasan ini juga boleh Allah tarik sama seperti Allah mampu menarik nikmat2 lain. 
bersyukur lah sebab masih boleh bezakan yang mana tahi yang mana permata. tak gila. bersyukur bebanyak. gunakan akal betul2 fikir apa yang kita buat. jangan syok sendiri pentingkan diri. duniawi semua tu. cehh ayat. HAHAHA. macam aku cakap tadi, bukan marah, cuma nasihat. okayy cill. caw dulu.

ASSALAMUALAIKUM.
aipp tangan jangan nak degil sangat. duduk diam2 

Sunday, 7 February 2016

SAHABAT

entry aku kali ni aku point kan khas untuk someone yang special gila dalam hidup aku. siapa? SAHABAT.

siapa tu sahabat? 

semua tahu siapa tu sahabat. mesti lah orang yang always dengan kita. paling banyak tahu rahsia kita.kalau boleh nak berkepit selalu dengan diorang. tapi, siapa je sangka perpisahan yang menyakitkan datang mengundang. sepatut nya aku abaikan je apa yang aku rasa ni. ya. abaikan. abaikan apa yang aku rasa dalam hati aku. hati aku yang paling dalam. kenapa? sebab sampai sekarang, aku sendiri tak tahu macam mana nak lepaskan korang.

apa yang aku rasa ni terlalu sakit. terlalu perit. sampai aku sendiri pun tak tahu nak terangkan. sepatutnya aku perlu lari dari korang. pergi dari korang. sebab aku tahu, waktu pertemuan kita tak lama mana pun. tapi aku tak mampu weh. kenapa? sebab aku terlalu sayang sangat dekat korang.

korang tak perlu cakap apa apa pun, tapi aku dah boleh belajar apa itu kasih sayang dari korang. tak perlu berkata, korang dah bagi aku faham apa itu erti cinta dengan sangat mendalam. and last2, korang pergi. pergi dari hidup aku. 

tak perlu berkata, rasa cinta yang hadir dari korang dah tinggal kan aku. tanpa bicara, rasa gembira dengan korang hanya tinggal kenangan. aku tak mampu nak luahkan semua ni dekat korang. sebab bibir aku kelu. bisu tanpa bicara.

untuk sahabat aku yang tergonjeng, terhebat, terbaik, terlawak, terrejal, tersopan santun, terpandai, terannoying, and semua ter ter. aku nak korang semua tahu, betapa dalam nya rasa sayang aku dekat korang. kalau boleh belah hati aku, aku rasa dah luka berdarah and berkecai semua. tapi takpe, korang tak perlu risau, aku dah jahit balik hati aku. aku dah ukir balik senyuman aku yang dah semakin pudar. sebab aku tahu. pemergian korang adalah jalan yang terbaik. semua ni demi masa depan korang.

waktu persahabatan kita dalam masa yang singkat ni, dah banyak mengajar aku apa itu maksud SAHABAT yang sebenarnya. jangan risau, senyuman korang, muka hodoh korang time korang tidur, nangis korang, gelak korang, dengki korang dekat aku, merajuk korang, baik korang and semua lah. aku dah rakam dalam kepala aku. buat tatapan aku time aku rindu korang. time aku terkenang kan korang.

jangan lupa makan banyak2 dekat sana. kalau sakit cepat2 makan ubat. solat jangan tinggal. tu memang paling pnting. kalau boleh ihtiat still kerek macam dekat smapr. tengok bukan muhrim pun tak ingin. cehh. HAHAHA. aurat jaga. jangan nangis nanti muka buruk. and semua lahhh.
dayang, aku ingat kata2 kau sampai sekarang, jangan lupakan kau. lupakan kau? mustahil weh. aku akan rindu kau sampai bila2 especially taik lalat kau. HAHAHA.
nuri si munggil, kau cakap jangan habiskan air mata aku untuk kau sebab sia2 je. nuri, sampai air mata aku kering sekalipun aku tak kisah weh. air mata tu pun belum tentu cukup untuk balas pertolongan kau dekat aku selama ni.
bing bong aka si keteng. sorry koyakkan payung kau,tak sengaja. almaklum hujan lebat. takpe aku dah ganti kan. semoga cita2 kau tercapai and jangan pasif! teruskan menghafal. paham doktor? 
ana si tikus. kau kawan paling kelakar aku rasa. semua benda yang kau buat takde yang tak kelakar. punchline selalu sampai. boleh gila aku dengan kau. penat gelak. HAHAHA. terima kasih sesangat ana.
haris si kucing garong, semoga ydp dekat mp. 
tora, teruskan dengan betah kau and soalan yang kbat nak mati dekat kisas. kasi ternganga itu sekolah. bawa nama sekolah baik2. aku percaya kau.
semua yang aku tak sebut, aku tetap ingat korang. cuma ramai sangat aku nak list kan.
terima kasih sangat2 sebab sudi datang dalam hidup aku. terima kasih. aku hargai gila. maaf salah silap kalau aku buat salah and sakit kan hati korang. kita kosong2. ea? kalau boleh korang lah yang pimpin aku masuk syurga nanti. kita jiran eh dekat syurga. 

"jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (riwayat Abu Daud)
saaaayang korang ketat2 dunia akhirat !!!!!
TIADA INDAH BICARA MAMPU DIUNGKAPKAN. HANYA BICARA HATI DAPAT KULUAHKAN.