okay ni merupakan entry last aku untuk cuti kali ni sebab harini aku dah kena balik asrama. oh tidakk. dengan homework aku yang 100 peratus aku tak sentuh langsung even secuit. padahal dah bawak balik rumah segala buku addmath, syariah islam semua tu tau. buku rujukan lah latihan lah teks lah ha apa lagi? semua aku dah angkut bawa balik. berat dia macam sekantung beras. yelah, kononnya nak siap kan. sekali tak menyudah cuti seminggu tapi sampai hari ni, hari last tak sentuh. langsung. mula2 macam malas gila nak bawa sebab aku dah agak dah yg aku ni spesies yg kalau nampak handphone tak nampak benda lain. tapi dah form4 ni ingat nak azam baru. tak nak tangguh2 kerja lagi dah. sekali.. HAHAHA. aku dan handphone berpisah tiada! hemm takpe pipo. macam tak biasa stay up malam2 dekat asrama buat air vico cecah biskut mayat sambil nyanyi dgn suara kau yang merdu gila. HAHAHA. kalah jeklin vikter you~
okay entry ni takde point pun sebenarnya. tak payah baca pun takpe. sebab aku dah boring sangat tahap katak dalam kolong and tak tahu nak buat apa *macam tadi dia cakap homework belambak tau*.
tiba2 pulak aku teringat time aku rentas desa and ping pong mssd. aku tak sangka pulak aku ni dikurniakan tuhan dapat member yang semuanya sweet2 belaka. entah sejak bila entah diorang ni nak sweet2 dengan aku. geli geliman I jadinya HAHAHA. takdelah, aku nak pergi sukan je pun, tapi cara diorang macam aku ni nak pindah ke india sana. siap buat letter. ada love2 bagai. ayat semua nak sweet talker. aduhh parah.
take care pipo. jaga diri dekat sana. jaga mata. lari elok2. penat duduk tau. jangan terus lari. jaga kesihatan. nanti sakit susah. sayang kau.HAHAHAHA. yang paling sweet siap ada bagi cokelat bentuk love tu. yuhhhhhh. tak tahan aku gelak. nak bagi spirit dekat aku lah tu kononnya. aduhhh comel betul member2 aku ni. terima kasih lah banyak2. korang buatkan semangat aku melonjak naik secara mendadak sehingga kelajuan 120km/j sampai ke angkasa. disebabkan aku terlalu hyperactive and semangat, so rentas desa dapat nombor 157. yeahh! *tepuk tangan sambil menangis* HAHAHAHA. di luar jangkaan kan? cara aku macam dapat nombor satu je. tak paham betul aku. aku dah lari laju tau *ceh padahal lari 5 peratus je yang lagi 95 tu semua jalan* tu pun nombor 157. peserta lain tu naik hoverboard agaknya. laju semacam. hadiah takde, hitam je lebih. oh tahniah pipo. hehhh.
tapi kira okay lah jugak. daripada tahun lepas. mssd nombor last. HAHAHA. sampai malu tahap nyorok dalam selimut punya pasal, aku terus tak amik nombor. cikgu tanya nombor berapa. aku jawab 'lupa cikgu' *sambil sengih*. lepas tu terus beli abc. hah amik kau terus krem kakinya. rasa macam nak tanggalkan hantar dekat mekanik je tau. ping pong jangan cerita. tak mampu aku nak cerita. HAHAHA.
tiba2 teringat pulak. aku ada dapat satu letter before aku balik cuti hari tu. diterbangkan dari seorang sahabat. dua text pad full. takde ruang kosong walau sikit pun. dan tulah satu2 nya letter yang betul2 sampai ke hati aku. aku dapat rasa letter tu bukan sekadar tulis saje2, tapi tulis dengan hati yg penuh ikhlas. ikhlas untuk berubah. rasa pelik jugak dapat letter tu, sebab biasanya member aku tu akan cakap face to face. cerita walau segan tahap babun pun dia akan cerita face to face. tapi kali ni dia cerita dekat letter. pelik sungguh. and bila aku bukak letter yang dilipat mcm bentuk lepat pisang tu, aku gelak. bunyi nya macam ni = HAHAHAHAHAHAHAHA. masa tu aku belum baca lagi. tu pun dah kelakar. and bila aku start baca, yang tadinya ketawa dah start serious. bila aku dah serious, tiba2 menitik satu persatu air ke jari aku. okay aku ingat hujan. sebab aku memang tak sedar yang air tu datang dari mata aku. tangan aku menggeletar. hati aku hiba. air mata tak berhenti. letter yang panjang tu terus aku baca. tanpa henti.
subhanallah. Engkau berikanlah syurga buat sahabatku ini ya Allah. Engkau ampunkanlah segala dosanya. yang lalu atau akan datang. Engkau letakkan lah namanya dalam senarai yang mendapat syurgamu ya Allah. Aminapa isi letter dia? sampai boleh usik hati aku yang jarang menangis ni? sesungguhnya ianya penuh dengan kebaikan. semua kebaikan. okay aku tak nak cakap apa isi letter dia. point aku cerita benda ni sebabnya first sekali, suka hati aku lah blog aku. and second, manusia boleh berubah. ya. boleh berubah dari jahil kepada mengenal tuhan. selagi kita masih bernyawa, selagi tulah pintu taubat terbuka luas untuk kita. jangan tangguh taubat. okay, kenapa bila nak berubah, rasa payah gila? rasa mcm belambak dugaan datang kan? sebabnya.. Allah nak tengok kau betul2 nak berubah ke atau main2. and third. sayang mak ayah kau tahap gila2 punya. tahap paling maksimum sekali. kenapa aku cakap macam ni? okay ni actually respon aku terhadap letter member aku tuu. dia mintak untuk aku yang dah cukup jahil ni untuk ubah hidup dia. yang aku rasa life dia more better dari aku. aku cuma bagi apa yang aku mampu.
okay aku rasa terharu gila. orang respect aku. bukan nak bangga. langsung tak. aku bukan baik mana pun. nakal jugak macam orang lain. gonjeng jugak macam life orang lain. cuma satu, aku pesan, nak orang respect kita, first sekali, kita kena respect orang. macam mana? bukan setakat depan2 je respect. tapi dekat belakang dia, kalau rasa nak ngumpat pasal dia, tolong rasa serba salah and terus hentikan. tak mati tak kalau tak ngumpat. kan? sihat walafiat je haa. sedih kadang2 bila member kau sendiri kena kutuk dengan orang lain. and lagi sedih bila aku terdengar dgn telinga aku sendiri. next, banyakkan nangis. bukan sebab bukan mahram yang belum tentu jodoh kau. tapi luangkan masa kau atas sejadah untuk Tuhan. mintak dekat Allah biar tiada kebencian dari orang lain untuk kau. simple je kan. ikut jalan kanan. senang. uishhhh panjang. HAHAHAHA. saje2 before balik ni. harap dapat bagi benefit. baca benda ni jangan tengok dari orang yang memberi, sebab aku pun takde lah baik mana. guna bahasa pun kasar2 jugak. tapi ambil isi yang baik sebab semata-mata kerana Allah. okay?
ada yang baca sampai sini ke? HAHAHA. yang baca tu memang degil. aku dah cakap jangan baca. nak jugak baca. siapa suruh. kan dah kena bebel. aku tahu, yang baca ni semua baik2 belaka. tak gitu? HAHAHA.
jangan menilai orang. bukan hak kita. tu semua urusan Allah. jangan ganggu life orang. hidup dengan life kau sendiri. orang tak kacau kita kalau kita tak kacau orang. lincai beb ~
No comments:
Post a Comment