entry aku kali ni aku point kan khas untuk someone yang special gila dalam hidup aku. siapa? SAHABAT.
siapa tu sahabat?
semua tahu siapa tu sahabat. mesti lah orang yang always dengan kita. paling banyak tahu rahsia kita.kalau boleh nak berkepit selalu dengan diorang. tapi, siapa je sangka perpisahan yang menyakitkan datang mengundang. sepatut nya aku abaikan je apa yang aku rasa ni. ya. abaikan. abaikan apa yang aku rasa dalam hati aku. hati aku yang paling dalam. kenapa? sebab sampai sekarang, aku sendiri tak tahu macam mana nak lepaskan korang.
apa yang aku rasa ni terlalu sakit. terlalu perit. sampai aku sendiri pun tak tahu nak terangkan. sepatutnya aku perlu lari dari korang. pergi dari korang. sebab aku tahu, waktu pertemuan kita tak lama mana pun. tapi aku tak mampu weh. kenapa? sebab aku terlalu sayang sangat dekat korang.
korang tak perlu cakap apa apa pun, tapi aku dah boleh belajar apa itu kasih sayang dari korang. tak perlu berkata, korang dah bagi aku faham apa itu erti cinta dengan sangat mendalam. and last2, korang pergi. pergi dari hidup aku.
tak perlu berkata, rasa cinta yang hadir dari korang dah tinggal kan aku. tanpa bicara, rasa gembira dengan korang hanya tinggal kenangan. aku tak mampu nak luahkan semua ni dekat korang. sebab bibir aku kelu. bisu tanpa bicara.
untuk sahabat aku yang tergonjeng, terhebat, terbaik, terlawak, terrejal, tersopan santun, terpandai, terannoying, and semua ter ter. aku nak korang semua tahu, betapa dalam nya rasa sayang aku dekat korang. kalau boleh belah hati aku, aku rasa dah luka berdarah and berkecai semua. tapi takpe, korang tak perlu risau, aku dah jahit balik hati aku. aku dah ukir balik senyuman aku yang dah semakin pudar. sebab aku tahu. pemergian korang adalah jalan yang terbaik. semua ni demi masa depan korang.
waktu persahabatan kita dalam masa yang singkat ni, dah banyak mengajar aku apa itu maksud SAHABAT yang sebenarnya. jangan risau, senyuman korang, muka hodoh korang time korang tidur, nangis korang, gelak korang, dengki korang dekat aku, merajuk korang, baik korang and semua lah. aku dah rakam dalam kepala aku. buat tatapan aku time aku rindu korang. time aku terkenang kan korang.
jangan lupa makan banyak2 dekat sana. kalau sakit cepat2 makan ubat. solat jangan tinggal. tu memang paling pnting. kalau boleh ihtiat still kerek macam dekat smapr. tengok bukan muhrim pun tak ingin. cehh. HAHAHA. aurat jaga. jangan nangis nanti muka buruk. and semua lahhh.
jangan lupa makan banyak2 dekat sana. kalau sakit cepat2 makan ubat. solat jangan tinggal. tu memang paling pnting. kalau boleh ihtiat still kerek macam dekat smapr. tengok bukan muhrim pun tak ingin. cehh. HAHAHA. aurat jaga. jangan nangis nanti muka buruk. and semua lahhh.
dayang, aku ingat kata2 kau sampai sekarang, jangan lupakan kau. lupakan kau? mustahil weh. aku akan rindu kau sampai bila2 especially taik lalat kau. HAHAHA.
nuri si munggil, kau cakap jangan habiskan air mata aku untuk kau sebab sia2 je. nuri, sampai air mata aku kering sekalipun aku tak kisah weh. air mata tu pun belum tentu cukup untuk balas pertolongan kau dekat aku selama ni.
bing bong aka si keteng. sorry koyakkan payung kau,tak sengaja. almaklum hujan lebat. takpe aku dah ganti kan. semoga cita2 kau tercapai and jangan pasif! teruskan menghafal. paham doktor?
ana si tikus. kau kawan paling kelakar aku rasa. semua benda yang kau buat takde yang tak kelakar. punchline selalu sampai. boleh gila aku dengan kau. penat gelak. HAHAHA. terima kasih sesangat ana.
haris si kucing garong, semoga ydp dekat mp.
tora, teruskan dengan betah kau and soalan yang kbat nak mati dekat kisas. kasi ternganga itu sekolah. bawa nama sekolah baik2. aku percaya kau.
semua yang aku tak sebut, aku tetap ingat korang. cuma ramai sangat aku nak list kan.
terima kasih sangat2 sebab sudi datang dalam hidup aku. terima kasih. aku hargai gila. maaf salah silap kalau aku buat salah and sakit kan hati korang. kita kosong2. ea? kalau boleh korang lah yang pimpin aku masuk syurga nanti. kita jiran eh dekat syurga.
"jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (riwayat Abu Daud)
saaaayang korang ketat2 dunia akhirat !!!!!
No comments:
Post a Comment