Pages

Thursday, 31 March 2016

LEADER OF WAR!

ASSALAMUALAIKUM

3:30 p.m.
okay sebenarnya point aku kali ni adalah nak cerita pasal mimpi aku pagi tadi.
okay start dia mcm ni. jeng jengg jengggg. haa over dia dah start dah. 

suasana bising gila. kawasan yang aku jalan terlalu sesak dengan orang ramai. sampai aku nak jalan pun kena bergesel dengan orang lain. yang lelakinya berjubah hitam siap serban lilit2 dekat kopiah. yang perempuannya pulak berpurdah likup. cukup sempurna! aku tertanya-tanya, siapa diorang ni sebenarnya? rupanya, diorang ni bukan calang-calang orang weh, diorang ni lah umat islam. ya! umat nabi Muhammad. dan apa yg umat ini lakukan? ya Rabb, sesungguhnya kami semua akan berperang dengan syiah laknatullah!* fuh semangat dah naik dah*  disebab kan ni mimpi aku, so akulah heroinnya. HAHAHA tak suka? jangan baca. so siapa panglima? siapakah hero yang sangat bertuah yang dapat berduet dengan heroin yang serba boleh ni? dia adalah.. adalah.. adalah!! rahsia~ chiaa chiaa chiaa. HAHAHAHA. okay so sambung balik cerita. 

disebabkan aku watak utama, so apa2 hal, aku yang kena mula. aku yang kena gerak, barulah anak buah aku yang lain boleh bertindak. tapi, masa tu pihak lawan bersenapang besar woi. aku pulak bertangan kosong. pistol air pun takde, lagi kan gun mcm diorang. siap kereta kebal. memang tak aci langsung. masa tu memang tak tipu ah, perasaan gerun dah meresap 90% dalam badan aku. mana tak nya, I have no arms! memang confirm lah aku kalah dalam pertempuran ni! Hafizah, mana keberanian awak selama ni hafizah? mana? mana?! bangun! bangkit! letakkan seluruh kepercayaan kau pada Allah! kau boleh. yakin. takpe. buang segala resah kau, takut kau. Allah ada. okay aku ikut kata hati aku. berbekalkan keyakinan aku terhadap pertolongan Allah, so aku teruskan niat aku untuk jihad bunuh semua musuh islam. and alhamdulillah. aku berjaya lepasi segala tembakan dari pihak lawan. lepas dengan mudah *sambil angkat satu kening, tangan peluk tubuh, muka kerek*


and then sampai lah satu kawasan. penuh dengan pokok2 besar yang diembunkan salji. diembunkan? macam pelik je ayat. takpe, bedal. serious cantik gila tempat tu. macam gambar dekat atas ni haa. cantik kan? aku pun nyorok lah dekat sebatang pokok yang paling besar. masa aku nyorok tu, sebelah kaki aku ada lopak yg penuh dengan air jernih tau. aku tengok lah air tu, aku nampak bayang2 aku yg terpantul, memang cun. tapi masalahnya.... bukan bayang2 aku sorang jee. aku nampak ada bayang2 orang lain. ada musuh yg datang secara senyap dari belakang. dia acukan pistol betul2 tepat dekat kepala aku. jarak pistol tu dengan kepala aku kalau kira guna kalkulator lebih kurang 3mm. memang dekat gila. ya Allah apa aku nak buat ni? sekelip mata jee syiah ni boleh tembak kepala aku sampai pecah berderai. sekelip mata je aku boleh mati. walaupun mati dalam keadaan syahid, tapi benarkanlah aku untuk mempertahankan deen aku dulu ya Rabb! after aku borak2 dengan hati aku, aku terus buat kiraan dalam hati. 3..2..1.. after nombor satu je, dengan pantas aku terus hayunkan kaki aku kebelakang tepat ke arah tangan lelaki tuuu. kecepakk *bunyi pistol melayang dekat udara* then sepantas kilat aku sambut pistol tu and terus tembak bertubi2 dekat badan lelaki tu. pehhh macho gila. sebijik macam james bond. HAHAHA. well~ heroin jarang mati dekat awal2 cerita beb.


heroin mana boleh duduk diam jee. kena lah gerak. kena atur langkah. kena cekap. biar bertumpah darah. demi maruah. cehh~ so aku beranikan diri keluar dari terus membatukan diri dekat belakang pokok tu. tak nak aku duduk belakang pokok tu je, macam sindrome. tak nampak macam heroin lah nanti. tiba2 mimpi tu terus tukar tempat. biasalah, mimpi~ aku diletakkan dekat satu bangunan yang gelap. bau hanyir menusuk kuat hidung aku. mana tak nya, darah manusia bersepah sana sini. ni kalau buat derma darah bagus jugak. mayat tak payah cerita, bergelempangan merata tempat. fuhh berderau. aku terus jalan. sampai lah dekat satu penjuru bangunan ni, aku berhenti. aku nampak ramai perempuan yg bertudung likup, tapi yang peliknya, diorang semua saling bunuh membunuh antara satu sama lain. tiba2 aku dengar bisikan dekat telinga aku, "jangan kau percaya pada mereka, kerana mereka semua bertudungkan syiah! mereka semua hanyalah bertudungkan kejahatan! HAHAHAHAHA!" 

pipo bangun po ! bangun! dah pagi ! 

Allahhh !!

aku terjaga dari tidur. badan basah kuyup mandi peluh. apa maksud mimpi aku tadi? sekadar mainan tidur atau petunjuk untuk aku ubah hidup aku? ya Allah. 

okay so sampai situ je lah mimpi aku. rasa sedih jugak lah sebab dikejut sebelum mimpi tu habis. nak jugak tau apa yg terjadi dekat heroin tu. HAHA takpe lah takde rezeki. mungkin heroin tu kahwin kot dengan hero dalam mimpi tu. HAHAHA. mungkin lah~ atau heroin tu dibunuh oleh pembisik yg galak tadi, atau heroin tadi bom atom dekat semua orang. hurmmm. semuanya berkemungkinan~ HAHAHA. tak kisah lah, tapi apa yang aku tahu, aku dapat something dalam mimpi aku tadi. what??

jangan percaya semua orang. bukan yang baik tu adalah baik. dan tak semestinya yang jahat tu adalah jahat. 
apa2 yang kau buat, everything! just letakkan segala kepercayaan kau pada Allah. tapi usaha tu wajib ah.
berani pada yang benar. qowiy sikit hati lu tuu beb.


قَاتِلُوا الْمُشْرِكِيْنَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ
“ Dan perangilah orang-orang kafir secara keseluruhan sebagaimana mereka memerangi kalian secara keseluruhan.” (QS. At-Taubah:36)

okay sampai sini jee. lepas maghrib kena balik hostel semula. sebab ada kem insan. and yg tak boleh bla nya abang aku yang conduct. HAHAHA. habis kena buli !! k lah sampai sini jee. 

ASSALAMUALAIKUM.

jihad fi sabilillah. belajar sungguh2. Allah nampak usaha kita, Allah akan bagi seperti apa yang kita usahakan. jika belum rezeki mu, jangan pasrah. kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu.

Friday, 18 March 2016

ADIK AKAK

ASSALAMUALAIKUM

emm emm emmm. dah pukul 4.10 am tapi mata masih nak celik. kena guna elok2 malam ni sebab esok dah kena balik hostel. okay start ah nanti rindu laptop, handphone, and lagi2 mak ayah. confirm rindu gila. eh tak lupa juga, blog mucuk mucuk aii ni. HAHAHA eeyuu gedik mintak kaki. 
okay who what and why yg kau nak cerita kali ni po? ehem today aii nak story tentang seketul adik. nama dia mumtaz sofia and of course lah berbintikan encik fauzi ter handsome. eh tak lah. okay terpaksa aku jujur. sebenar benarnya, ayoh jumpa adik dekat masjid dalam kotak. masa tu dia berbalut kain batik. rasa hiba. najis berak kencing dia semua bercampur dgn badan dia. so ayoh tak sampai hati and ayoh pun bawaklah adik balik rumah. siapa je yg tahan tengok baby lingkungan 2 bulan yg takde mak ayah dekat dlm kotak sorang2, sejuk2. tolong lah hentikan kes buang baby ni. please aku mohon! okay sambung, so dia dah macam darah daging kitorang. membesar sama2. memang time awal2 aku tak boleh terima langsung. ya langsung tapi lama2, sayang tu datang. okay stop buat cerita. HAHAHAHA. sorry adik ! alah gurau sikit pun tak boleh. haaa marah marah! kak pijah terbalikkan campak parit baru tau. adik tetap anak kesayangan mak lah dik! HAHAHA

okay apa istimewanya dia? of course lah sebagai penghibur family aku. anak last lah kateko~ HAHAHA. disebab kan dia baru darjah satu, so cakap pun banyak merepek and takde point. tapi memang tak pernah tak gelak kalau dia buat punchline. semua sampai tak pernah tak sampai! kengkadang nak buat dia sakit hati, aku try lah tahan gelak lepastu buat muka toye tak nak gelak. tapi bila tengok muka dia, terus failed lakonan aku. gelak serta merta. biasa lah budak kecik kan. buat apa pun rasa funny. 

aku ni kakak paling ditakuti. sebab aku ter sangat2 lah garang. HAHAHA. eh aku serious. tapi aku pun tak tahu asal lah kak pijah sorang ni lah yg jadi kakak kesayangan dia. padahal dia ada 4 lagi kakak yg baik2 belaka. padahal semua aku dah buat, cubit dia, tumbuk dia, wrestling dia, tebalikkan dia, kurung dia sorang2 dalam bilik gelap. haa apa lagi? semua aku dah buat. kenapa ek dia suka aku? hemm. well~ aku jelita sangat agak nya. chiiaaa chia chiaa. HAHAHAHA gurau2. 

apa dia suka buat?
setiap malam dia akan masuk bilik aku and ayat dia be like "kak pijah, jom borak2" amboiii kemain macam orang tua nak borak2. okay lah aku layankan dia cerita. "pada zaman dahulu" lah, "adik dekat sekolah kan", "tadi adik mimpi" lah, "haritu kan" and memacam dia bebel. tak berhenti. langsung. even aku dah jerit satu rumah, "adik diam!!" and dia akan gelak dan teruskan cerita.haih budak kecik ni, nak je aku sumbat kapas dekat mulut dia. 
suka sangat buat aiskrim and ajak aku makan sama2. tapi ais krim dia memang tak attractive langsung! aiskrim sirap, laici, barli, and semua lah yang guna kordial. dan kengkadang rasa mcm makan aiskrim air jarang. HAHAHAHA. takpe lah. tu je kan yg paling senang setakat letak air bubuh kordial lepastu godak. buat lah dik asal kau bahagia di samping suami tercinta. aik? fikir kelakar po? okay lah aiskrim ni actually favourite dia. sebab tu lah gigi rongak mcm kena makan tikus. HAHAHAHA padan muka!
ego. jarang nampak dia nangis sebab dia tersangat sangat lah bajet hati kental. HAHAHA serious. even aku cubit dia sampai pulas kulit nak tertanggal pun dia cakap tak sakit. ego betul. padahal baru darjah satu tu. member sebaya dia baru kena ejek dah nangis ngadu mak ayah. adik aku ni memang pailang betul. HAHAHA. paling tak tahan bila dia cakap, "tak sakit langsung, kuat lagi boleh tak. macam tak sentuh?" yuh yuh yuhh. dia yang buat aku nangis ada lah. mana tak nya. jari aku kena libas dengan raket sampai kuku patah. muka aku kena cakar sampai darah2. pehh memang gangster. HAHAHA

 
dia sangat kuat imaginasi. okay contoh " kak pijah, cuba bayangkan lidah kak pijah dicucuk paku lepastu letak limau purut. aduhhh! sakit nya. kaki adik dah mula lemah ni tak boleh jalan." HAHAHA dah tau lemah tu tak payah lah nak bayangkan! lepastu nanti mintak di dukung. kalau ringan tu takpe tau. larat jugak lah aku nak dukung. aku ni dah lah kurus mcm lidi. 
kaki kacau bila aku chat dengan someone. and mulalah nak buat voice. nyanyi lah apa lah. memang memang lah tersangat memang menyibuk. makin tak bagi makin lah dia kacau.
tak main lah nak minat lagu orang melayu ni. not her taste. semua lagu favourite dia lagu orang putih mat salleh2. drag me dowm lah paling dia suka. kalau pandai speaking tu takpe tau. ni, Masya'Allah! HAHAHA. bayangkan lah, korus lagu drag me down tu jadi " no pari no pari, no pari han hen haww" aduh sis tak kuat! berdekah.  adik adik, macam2! belum lagu lain nya lagi. parah! HAHAHA
for the last, dear mumtaz sofia ;
 
kayyy dah2. cukup! tidurlah wahai seketul pipo!  hari sudah pagi nak. jangan kau kesal esok tidak terbangun bersujud di subuh hari! selamat malam. eh? selamat pagi and tataaaaa

Tuesday, 15 March 2016

MUNAFIK ZRENGG

ASSALAMUALAIKUM

okay sekarang depan kipas volume 3. tu pun masih rasa panas. rasa macam nak amik flight terbang ke kutub utara sana nak mandi ais. fuhhh. eh before lupa, happy school holiday for a week! *lompat2 keriangan. so how? cuti ni ke mana? aku duduk rumah jee. jaga baby baru. Abdullah Faqih namanya. adik? HAHAHA emak kita dah 50 tahun awak. of course lah anak sedara. muka dia comel lebih kurang mcm aku tambah nora danish sikit. HAHA. kalau muka macam aku confirm comel gila.


eh korang mesti dah tengok movie MUNAFIK kan? alah yang Syamsul yusuff punya filem tu. kalau belum better pergi tengok. sebab cerita tu memang ter sangat2 lah gempak gila gebabom sampai tercampak pop corn dekat dalam panggung. mana tak nya, semua scene berhantuu. HIHIHIHI~ *bunyi hantu mengilai*. major semua jerit. aku macho sikit. tak jerit, cuma tutup muka gitu2 jee. kang aku jerit keluar suara jantan aku ni. HAHAHA. time tu aku tengok movie ni dengan member aku, mai. aku ni yang duduk jiran dengan kerusi dia, habis.. kepala aku ditarik, tangan aku digenggam. habis basah lecun kena peluh dia. lepastu jerit tepat dan padu dekat telinga aku. lebih 10 kali kot dia jerit. keluar panggung jee habis pekak telinga aku. 

yang aku respect gila dekat movie ni sebab aurat memang tersangat lah jaga. sentuh lelaki perempuan pun takde. bayang kan lah, part last dekat movie ni aku nangis kot. anak syamsul yusof tuu mati. memang mengusik jiwa aku. takde tisu, tiket wayang tu jadi lap air mata. HAHA. yang paling syok time nabila huda kena rasuk. fuhh cakap arab full. berderau terlinga aku dengar. bulu roma tercacak mcm nyanyi lagu Negaraku. the most important thing, cerita ni banyak buat aku taubat. lagi2 time jin panggil member dia, Dajjal. Nauzubillah mohon dijauh kan dari godaan syaitan.

okay apa yang aku dapat? 
first, plat kereta ustaz adam 6025 [6:25] Al-an'am- Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca al-Quran) pada hal Kami telah jadikan tututpan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) ; dan kalaupun mereka melihat tiap2 keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang2 kafir itu: "ini tidak lain hanyalah cerita2 dongeng orang2 dahulu"
second, plat kereta ustaz adam yang accident tu 8331 [83: 31] Al-Mutaffifin- Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira.
Munafik.
Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI. Sekali lagi, Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI. Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu. Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik. Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia. Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik. Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2. Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri. Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !

dah sampai sini jee. tengok tau jangan tak tengok. tengok ramai2. takut lemah semangat terus kena heart attack and meninggal. dah satu hal masuk berita 'meninggal tonton cerita Munafik' -_-. ambil pengajaran dia hadam elok2 dalam hati korang sampai senak.  alright?

ehh before lupa. kau apa khabar? HAHA nak masuk chat tapi orang dah lupa aku, nak buat macam mana kan? ni nak wish awal. nanti takut aku lupa, happy birthday. ni pun kalau kau baca. kalau tak, sudah. takpe. siapa lah aku kau nak ingat. HAHAHAHA kay2 pesanan last ;


k caww.
TIADA INDAH BICARA MAMPU DIUNGKAPKAN. HANYA BICARA HATI DAPAT KULUAHKAN.