emm emm emmm. dah pukul 4.10 am tapi mata masih nak celik. kena guna elok2 malam ni sebab esok dah kena balik hostel. okay start ah nanti rindu laptop, handphone, and lagi2 mak ayah. confirm rindu gila. eh tak lupa juga, blog mucuk mucuk aii ni. HAHAHA eeyuu gedik mintak kaki.
okay who what and why yg kau nak cerita kali ni po? ehem today aii nak story tentang seketul adik. nama dia mumtaz sofia and of course lah berbintikan encik fauzi ter handsome. eh tak lah. okay terpaksa aku jujur. sebenar benarnya, ayoh jumpa adik dekat masjid dalam kotak. masa tu dia berbalut kain batik. rasa hiba. najis berak kencing dia semua bercampur dgn badan dia. so ayoh tak sampai hati and ayoh pun bawaklah adik balik rumah. siapa je yg tahan tengok baby lingkungan 2 bulan yg takde mak ayah dekat dlm kotak sorang2, sejuk2. tolong lah hentikan kes buang baby ni. please aku mohon! okay sambung, so dia dah macam darah daging kitorang. membesar sama2. memang time awal2 aku tak boleh terima langsung. ya langsung tapi lama2, sayang tu datang. okay stop buat cerita. HAHAHAHA. sorry adik ! alah gurau sikit pun tak boleh. haaa marah marah! kak pijah terbalikkan campak parit baru tau. adik tetap anak kesayangan mak lah dik! HAHAHA
okay apa istimewanya dia? of course lah sebagai penghibur family aku. anak last lah kateko~ HAHAHA. disebab kan dia baru darjah satu, so cakap pun banyak merepek and takde point. tapi memang tak pernah tak gelak kalau dia buat punchline. semua sampai tak pernah tak sampai! kengkadang nak buat dia sakit hati, aku try lah tahan gelak lepastu buat muka toye tak nak gelak. tapi bila tengok muka dia, terus failed lakonan aku. gelak serta merta. biasa lah budak kecik kan. buat apa pun rasa funny.
aku ni kakak paling ditakuti. sebab aku ter sangat2 lah garang. HAHAHA. eh aku serious. tapi aku pun tak tahu asal lah kak pijah sorang ni lah yg jadi kakak kesayangan dia. padahal dia ada 4 lagi kakak yg baik2 belaka. padahal semua aku dah buat, cubit dia, tumbuk dia, wrestling dia, tebalikkan dia, kurung dia sorang2 dalam bilik gelap. haa apa lagi? semua aku dah buat. kenapa ek dia suka aku? hemm. well~ aku jelita sangat agak nya. chiiaaa chia chiaa. HAHAHAHA gurau2.
apa dia suka buat?
setiap malam dia akan masuk bilik aku and ayat dia be like "kak pijah, jom borak2" amboiii kemain macam orang tua nak borak2. okay lah aku layankan dia cerita. "pada zaman dahulu" lah, "adik dekat sekolah kan", "tadi adik mimpi" lah, "haritu kan" and memacam dia bebel. tak berhenti. langsung. even aku dah jerit satu rumah, "adik diam!!" and dia akan gelak dan teruskan cerita.haih budak kecik ni, nak je aku sumbat kapas dekat mulut dia.
suka sangat buat aiskrim and ajak aku makan sama2. tapi ais krim dia memang tak attractive langsung! aiskrim sirap, laici, barli, and semua lah yang guna kordial. dan kengkadang rasa mcm makan aiskrim air jarang. HAHAHAHA. takpe lah. tu je kan yg paling senang setakat letak air bubuh kordial lepastu godak. buat lah dik asal kau bahagia di samping suami tercinta. aik? fikir kelakar po? okay lah aiskrim ni actually favourite dia. sebab tu lah gigi rongak mcm kena makan tikus. HAHAHAHA padan muka!
ego. jarang nampak dia nangis sebab dia tersangat sangat lah bajet hati kental. HAHAHA serious. even aku cubit dia sampai pulas kulit nak tertanggal pun dia cakap tak sakit. ego betul. padahal baru darjah satu tu. member sebaya dia baru kena ejek dah nangis ngadu mak ayah. adik aku ni memang pailang betul. HAHAHA. paling tak tahan bila dia cakap, "tak sakit langsung, kuat lagi boleh tak. macam tak sentuh?" yuh yuh yuhh. dia yang buat aku nangis ada lah. mana tak nya. jari aku kena libas dengan raket sampai kuku patah. muka aku kena cakar sampai darah2. pehh memang gangster. HAHAHA
dia sangat kuat imaginasi. okay contoh " kak pijah, cuba bayangkan lidah kak pijah dicucuk paku lepastu letak limau purut. aduhhh! sakit nya. kaki adik dah mula lemah ni tak boleh jalan." HAHAHA dah tau lemah tu tak payah lah nak bayangkan! lepastu nanti mintak di dukung. kalau ringan tu takpe tau. larat jugak lah aku nak dukung. aku ni dah lah kurus mcm lidi.
kaki kacau bila aku chat dengan someone. and mulalah nak buat voice. nyanyi lah apa lah. memang memang lah tersangat memang menyibuk. makin tak bagi makin lah dia kacau.
tak main lah nak minat lagu orang melayu ni. not her taste. semua lagu favourite dia lagu orang putih mat salleh2. drag me dowm lah paling dia suka. kalau pandai speaking tu takpe tau. ni, Masya'Allah! HAHAHA. bayangkan lah, korus lagu drag me down tu jadi " no pari no pari, no pari han hen haww" aduh sis tak kuat! berdekah. adik adik, macam2! belum lagu lain nya lagi. parah! HAHAHAfor the last, dear mumtaz sofia ;
No comments:
Post a Comment