ASSALAMUALAIKUM
"ramadhan tiba, ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya Ramadhan marhaban ya Ramadhan. Lalalaa." -Opick-
haii! lama tak jumpa! rasa macam rindu lahh dekat
depa hangpa semua. so, apa khabar? how are you? sihat? study okay? cehh, nampak tak caring nya dekat situ. sorry lah sebab macam dah lama tak hiraukan blog ni. ceh padahal takde siapa kisah. HAHAHA. okay, kenapa aku dah lama tak kemas kini blog ni ye? almaklum, seminggu dua before ni aku agak busy jugak lah melayan kawan aku. nama dia BUKU BIN ILMU AL-BOOKING. apa? musuh? eh mana ada. kami sejak dua menjak ni 'bersahabat baik till jannah'. HAHAHA. amek kau till jannah aku bagi. punya lah rapat gila. musim exam lah katakan. bayangkan lah, tiga minggu straight aku periksa tak henti-henti tau! boleh bersap kepala otak aku. tapi tak susah mana pun, biasa biasa je. just 20 subjek je. tak banyak mana pun. 20 je~ *okay ekceli susah gilaa nak mati macam rasa nak lemas dalam air then hidup semula lepastu terus terjun dalam gaung. fuhh!* itulah, siapa suruh tak study awal2. kan dah frust menonggeng tak dapat jawab time exam haritu. padan muka. dah lah exam kali ni kena capai 70 peratus. kalau tak capai pun takde apa2. just parents kena panggil lepastu kena cari sekolah lain. itu je --" so tak minta banyak daripada korang. just minta time korang tengah tadah tangan tu, selitkan lah sekali nama aku. biar aku lepas target yang sekolah nak. okay? thanks :)
okay ekceli entry aku kali ni nak cerita pasal puasa. takde kena mengena antara yang hidup, yang mati, yang berjalan atau yang baring sekalipun pun pasal exam. tapi yelah tangan menggataii sangat nak taip kan. hemmm. so amacam? cukup tak terawih malam ni? 8 rakaat je? hey apa cerita?! malam first terawih kot. tak kan tak cukup 20 rakaat? bukan 200 rakaat pun. tak patah tak kaki tu! alahai, tak cukup pun takpe beb asalkan ihklas. buat even just 2 rakaat pun takpe. tak ada masalah pun. so dah lepas terawih for 1st night ramadhan! yeah! rasa macam teruja dan agak terkejut juga lah sebab aku rasa macam semalam baru sambut tahun baru then tetiba esok pepagi buta dah kena bangun sahur sebab esok dah start puasa. macam rasa cepat gila masa berlalu.
benda paling aku sukaa gila time ramdhan ni confirm lah bazar. malam2 dah siap list dekat kertas mahjong depan belakang nak makan minum apa after tu bagi dekat ayah. nanti biar ayah beli dekat bazar. kalau boleh aku nak beli semua. ayam percik, air katira, air asam boi, ayam masak merah and kalau boleh dengan penjual2 tu sekali aku nak angkut. biar dia masak dekat rumah aku. HAHAHA. tu benda yang aku suka. benda yang aku benci pulak bila ada orang yang gataii sangat tangan nak post gambar cake ke pizza ke lagi2 jus yang sampai meleleh ais dekat cawan tu. and segala gambar yang berkaitan pasal makan and minum memang aku benci hatta air masak sekalipun. memang pehh. rasa macam nak tembak orang yang post tu. kasihan lah kami yang sedang berpuasa ini wahai manusia. harap gejala ini dapat dibasmi segera. lagi satu paling aku tak suka, time puasa ni lah berat aku makin turun. ohh benci gilaa. cukup lah aku berjalan terbang selama ni. sedih tau tak sedih. and last, tengok lah gambar dekat atas tu. HAHAHA. terseksa zahir batin rasanya.
tiba-tiba teringat masa zaman hingus masih meleleh dulu. bila kita masih kecik dan dipaksa oleh mak ayah untuk berpuasa, so muncul lah segala idea yang menarik menerobos ke gawang minda. banyak gila trick nak ponteng puasa. aku rasa macam semua menatang tu dah kena gari tau. tapi entah lah. nak makan jugak. kenapa? sebab aii tak boleh concentrate lah nak belajar kalau tak makan. aii tak boleh nak solat khusyuk lah kalau tak makan. rasa macam takde life. ceh. puihh. alasan semata-mata. nak buat macam mana kan. setan memang dah takde. tapi nafsu tuu haa. still melekat erat dalam diri. dah jinak. dibagi makan setiap hari. Nauzubillah.
okay, adalah satu cerita ni yang kalau aku ingat balik memang tak boleh move on. satu hari tu, semua family aku takde dekat rumah. aku pun taktau diorang ke mana. tak ingat. yang pelik dan nampak ke'pandaian' aku masa tu, aku boleh minum air paip banyak gila sedangkan water cooler wujud je dalam rumah tu. padahal takde orang tau masa tu. aku pun tak tahu lah apa masalah aku masa tu. padan muka sakit perut guling2 macam boleh sembuh. hah memang padan mukaa. maklumlah, pandai sangat kan. sampai air paip dengan air masak pun tak boleh beza. tepuk tangan sikit. aku dah cakap dah yang aku memang layak masuk clever girl. nak nasihat sikit, lain kali nak ponteng tu pun kena berstrategi. kalau boleh makan KFC terus. setakat air masak ni, baik puasa terus. Astaghfirullah. jangan ikut! nasihat setan --"
tapi takpe. tu masa kecik2. sekarang dah pandai puasa elok2 dah. dah pandai puasa molek2 dah. cuma tak penuh jelah. HAHAHA. bukan sengaja, tapi terpaksa. takpelah, asalkan ganti balik. so apa yang best sangat pasal bulan ramadhan ni? ishh banyak tak terhingga. benda yang takde dekat bulan lain tapi ada dalam bulan ramdhan. nampak tak istimewanya bulan ramadhan ni? so cepat2 lah kejar pahala. biar tinggi cecah langit ke tujuh. bayangkan lah,
amalan yang selama ni kita buat dilipat gandakan pahalanya sampai 70 kali ganda. pergh kalau kira guna kalkulator boleh syntax error ! HAHAHA. kalau pahala tu macam duit, confirm kita dah kaya raya and semua orang dapat title jutawan. kalah terlajak laris dengan quputeh. so nak kaya kena kerja keras sikit lah cari amalan for this month. okay?
nak cerita tentang kebaikan bulan ramdhan memang tak habis sampai esok. sebab memang banyak gilaa. kalau nak tahu lebih lagi pasal keistimewaan bulan ramdhan, korang cari lah sendiri dekat uncle google. ada banyak. so sampai sini je kot entry aku kali ni. selamat berpuasa! yang dah macam gajah semoga makin kurus dan aku yang dah sedia kurus ni terus jadi tengkorak lah kot. nak kurus macam mana lagi kan. HAHAHA. jadikan ramdhan kali ni ramadhan yang paling bermakna untuk kita. biar nama kita hot antara malaikat di syurga. mana tahu tahun depan tak sempat. kita tak tahu bila nyawa nak ditarik. so, fighting!
"Puasa adalah perisai. maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. apabila orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan "aku sedang puasa" (dua kali). Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. dia rela meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya kerana Aku. puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiriyang akan membalasnya. Satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya." (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)