Pages

Thursday, 2 March 2017

KU RINDU

ASSALAMUALAIKUM

luangkan masa sebentar boleh? dengan izin Allah, ingin ku cuit sedikit hatimu :) dengan penuh rasa kecintaan yang mendalam. untuk seorang TEMAN.


hari ni aku rasa hari yang sangat indah. penuh dengan perasaan cinta, penuh dengan perasaan rindu. ya, rindu dan cinta yang terlalu dan teramat. hujan turun dari langit membasahi bumi dan menghadiahkan sebuah pelangi. burung-burung riang berkicauan sambil berterbangan menghiasi awan. pepohon hijau menjalar terus ditemani buah-buahan. sangat indah. indah dipandang, indah dirasa. indah disentuh. tiada cacat cela. semua sempurna. aku terdiam, air mataku mengalir. betapa sayangnya Allah kepadaku. memberi hadiah sebegini rupa tanpa bayaran apa-apa. setiap masa, setiap saat bahkan tanpa henti walau sedetik. namun, mengapa aku masih leka? masih tanamkan dalam diri untuk kejar dunia semata-mata. mengapa? mengapa tiada masa ku khususkan untuk-Mu ya Rabb? bahkan cuma sedikit. amat sedikit masa yang aku dapat berikan. ya Rabb, adakah diri ini terlalu jauh dengan-Mu? adakah diri-Mu merinduiku? rindu untuk mendengar luahan hatiku? rindu untuk melihat sujudku? Ya Rabb, ampunkanlah aku. ampunkanlah aku andai selama ini,

mata yang Kau hadiahkan kepadaku ini tanpa rasa buta, namun aku butakan mataku dikala azan berkumandang, dikala melihat orang memerlukan bantuan.

mulut yang Kau kurniakan elok tanpa rasa bisu ini, ku ungkapkan butir-butir panah yang menyakiti hati orang lain di sekelilingku.

sepasang telinga yang kau hadiahkan ini tanpa rasa pekak, namun ku pekakkan telingaku ketika mendengar penyampaian ilmu-Mu. 

tangan tangan ku ini, yang cukup sepuluh jari, tanpa rasa kodong ya Allah, namun melihat orang dalam kesusahan, amat sukar untuk ku hulurkan bantuan.

kedua kaki yang Kau berikan tanpa rasa cacat, mampu berjalan, melangkah bahkan berlari dengan sempurna, namun ku lewat-lewatkan langkahku ke rumah-Mu tika panggilan-Mu diseru.

dan ampunkanlah aku ya Allah, andai hati yang kau berikan pada ku ini pada awal nya putih berseri, bersih tanpa kegelapan, namun aku kotorkan dengan segala zina hati yang aku lakukan. 

Teman, pernah dikau berbicara soal cinta yang paling teragung? cinta-Nya yang sungguh hebat hingga sanggup membelamu di hadapan malaikat sewaktu malaikat mempersoalakan kewibawaan manusia untuk mentadbir dunia dahulu. Tahukah dikau, Dia telah menghalau iblis dari syurga kerana iblis menghina dan mencaci manusia? Sewaktu dikau dilahirkan ke dunia, ayahmu mengalunkan azan di telingamu. Apakah perkataan pertama yang dikau dengar? Allah. lafaz inilah yang menjadi saksi betapa hebatnya cinta-Nya padamu. Dikau pun membesar sedikit demi sedikit. Dirimu menangis kerana lapar, tidak tahu meminta, lalu Allah gerakkan hati ibu untuk memberimu makan. Dikau belajar untuk berjalan. namun kau jatuh. kakimu begitu lemah. lalu Allah arahkan kakimu agar mampu melangkah.

Pada usia kecilmu, Dia menghiburkan dirimu dengan segala hadiah pemberian manusia. sesiapa sahaja yang melihatmu pasti akan berasa kasih. disaat dikau luka, Allah yang pertama ubatkan. Kulitmu tercalar teruk, lalu Allah membalutkannya dengan kupin-kupin ubat yang sering dikau hina. Allah hanya tersenyum, lantas Dia menghadiahkan kulit baru untukmu. Apabila sakit masih terasa, Allah tidak henti memberi pandangan mesra penuh kasih sayang  kepadamu, sedang dikau memaki hamun akan sakitmu itu. Namun teman, sewaktu itu, Allah mengarahkan malaikat untuk memadam segala dosamu :)

Apabila malam dikau mengalami mimpi yang bukan2, Allah memujukmu. kata-Nya itu hanyalah mainan syaitan. Dikau pun terus lena di pangkuan-Nya. Padahal waktu itu, Allah sedang menunggu kalau-kalau dikau ingin memohon ampun. Namun, dikau terus lena. Tapi, pada waktu paginya pula, Allah masih kejutkan dikau Subuh. mengapa? kerana Dia mahu menghadiahkan mu pahala Subuh yang besar ganjarannya. Dikau pula menekup telinga dengan bantal dan lena semula. Allah kejutkanmu lagi. mengapa? kerana Allah sayang padamu. Dia tidak mahu kau lewat ke kerja, nanti dimarahi manusia lain. 

" Aku bersama kamu walau di mana jua kamu berada" (Al-Hadid,4) 
Tika kita gembira, ketahuilah teman, Allah yang menghiburkan, dikala kita bersedih, Allah yang menemani kita, saat dilanda musibah, Allah yang menyelesaikannya, KIta mempunyai cita-cita setinggi gunung, Allah dengar teman, lalu Dia kabulkan. Fikir sejenak, pernah kita bertanya tentang-Nya? Namun Allah tetap duduk dengan kita. dekat dengan kita. mengapa? kerana Allah ingin menjaga kita dan ingin memberi kita makan. Dia tidak mahu kita mengeluh kelaparan. Tahukah bahawa tiap kali dikau solat, Allah merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada para malaikat,

Lihat hamba-Ku, sedang menyembah-Ku. Aku cinta dan sayang padanya, dan akan-Ku ampunkan dosanya. 

Sedangkan teman, solatmu itu pun kerana terpaksa.saat dikau bersujud, lalu dikau pejamkan mata, Allah merenungmu dengan pandangan kasih sayang. adakah dikau peduli? ku tanyakan lagi. adakah dikau peduli? teman, segala-galanya Allah berikan secara percuma. Allah hanya minta kita bertaubat sahaja. Sehinggalah saat menjelang kematian, tatkala malaikat maut ingin mencabut nyawa, selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, Dia masih membuka pintu taubat-Nya untukmu walaupun setelah kau habiskan seluruh usiamu dengan dosa. mengapa? teman, sesungguhnya Dia tidak mahu kau merasa seksanya azab api neraka. 

Ya Allah, hari ini sekali lagi aku diberi nafas untuk bernyawa, diberi mata untuk melihat, diberi daya untuk upaya, diberi minda untuk berfikir, diberi islam untuk dihayati, diberi iman untuk ditambah, diberi takwa untuk dicari. Semuanya diberi, dan semuanya PERCUMA. terima kasih tuhan, atas segala kesedaran. atas segala keinsafan. atas segala pertolongan-Mu ke arah kanan. atas teguran-Mu dikala ku leka melupakan. syukran ya Tuhan. tulus ikhlas dari seorang insan, yang syukur atas seluruh ciptaan. :)




jangan lihat pada siapa yang menaip ayat ini. kerana aku hanya pendosa. namun lihatlah apa yang ingin aku cuba sampaikan. mungkin saat ini Allah detikkan dalam hatiku untuk menyampaikan sesuatu yang baik, agar pada suatu hari nanti, mungkin aku boleh jauh tersasar, namun disaat itu, bakal ada dirimu yang akan menarik tanganku. teman. :)

No comments:

Post a Comment

TIADA INDAH BICARA MAMPU DIUNGKAPKAN. HANYA BICARA HATI DAPAT KULUAHKAN.