Andai dihitung,
Saksikan pula nikmat sebatang jari. Daku punyai seorang sahabat, yag putus ibu jari tangannya kerana terkena mesin yang merbahaya. Lalu sahabatku ini menerima pelbagai keistimewaan daripada pemerintah. Segala bil tidak perlu dibayar, setiap bulan beliau menerima elaun kerajaan, malah jika mahu membeli kereta tempatan, hanya separuh harga perlu beliau jelaskan. Daku pernah bergurau padanya, kataku, berbaloi kehilangan jari untuk semua keistimewaan ini. Katanya padaku, andai seluruh dunia ini ditukar ganti untuk sebatang jari, nescaya dia akan memilih sebatang jari daripada segalanya. Mengapa? katanya, hanya kerana tiada ibu jari, betapa sukar dirinya untuk memegang gelas untuk diminum, betapa sukar menyuap nasi masuk ke mulut, betapa sukar menekan butang telefon dan betapa sukar menggenggam sesuatu. Bayangkan, itu baru sebatang jari. Bagaimana jika Allah mengangkat semua nikmat yang diberikan? Nikmat itu yang sering kita pandang sepi seolah olah tidak penting untuk diri.
Lumrah manusia, apabila sudah mendapat bumi, ia akan meminta lautan. Andai sudah sampai ke mentari, dia mahu pula ke bulan. Demikianlah sifat manusia. Mereka tidak pernah berasa cukup dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Asalnya, dikau meminta kepada tuhan sebuah perkerjaan. Sesudah tuhan mengkabulkan, pekerjaan itu dikau jalankan secara sambil lewa dan makan gaji buta, tidak amanah tanpa rasa bersalah. Namun, dikau mengharapkan gaji yang lumayan, jutawan. Demikianlah sifat manusia yang tidak pernah bersyukur atas segenap rezeki yang diberikan tuhan.
"........Sesungguhnya ALLAH SWT benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia. Namun yang demikian, kebanyakan manusia tidak bersyukur."Betapa banyak dan besarnya nikmat daripada tuhanmu itu. Mengapakah dikau langsung tidak memerhati? Wajarkah dikau perguna semua nikmat-Nya yang percuma, lalu disuruh takwa, dikau berbuat lupa? Andai mahu dikau hitung semua nikmat tuhanmu, pastikan penamu cukup dakwatnya, kertasmu cukup bilangannya, kalkulatormu cukup baterinya. Namun, bukankah semua yang dikau perlukan itu datangnya daripada tuhanmu juga? Malah dikau mahu menulis dengan jarimu, jarimu itu milik tuhanmu juga. Dikau mahu mengira dengan mindamu, mindamu itu milik tuhanmu juga. Lantas bagaimana?
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah SWT, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"( An-Nahl : 18 )
Sahabat, tahukah kalian, pengorbanan seorang isteri tercinta Rasulullah demi agamanya. Demi deen nya. Saidatina Khadijah yang dahulunya kaya raya sanggup menggadaikan hartanya semata-mata demi fi sabilillah. semata-mata untuk perjuangan Rasulullah. Bukan sedikit sahabat. Sehinggakan sebelum Saidatina Khadijah meninggal dunia, hanya sehelai kain sahaja yang dimilikinya. Jika ditutup muka dengan kain itu, pasti akan nampak kaki, dan jika ditutup kaki, pasti akan nampak muka. Katanya lagi kepada suami tercinta sebelum pergi buat selama-lamanya, jika engkau perlukan harta untuk berjuang Ya Rasulullah, gali sahaja kuburku dan ambil tulang-tulangku lalu kau jual wahai suamiku. Sahabat, betapa besarnya pengorbanan Saidatina Khadijah untuk agama. Kita? Renungkanlah.
Jika dikau merasa malas untuk beribadah bahkan dikau merasa penat untuk berdakwah dan jika dikau merasa lelah untuk hidup, ketahuilah sahabat, bahawa Rasulullah dahulu sanggup mengorbankan nyawanya, sehingga sakit, jatuh darahnya di atas tanah, semata-mata untuk kita. Agar kita mampu merasai Islam. Maka apa yang dikau mahu balas untuk darah Rasulullah yang mengalir untukmu itu? Untuk umatnya? Salam buat junjungan kita, Rasulullah SAW. Sahabat, sayangnya nabi kepada kita sehingga akhir hayatnya.
Ummati, Ummati, UmmatiDi saat ini, inginku mohon, merayu padamu. Agar dikau bersyukur dengan apa yang dikau miliki. Jangan mengeluh jika serba kekurangan! Jangan sedih dengan segala kedhoifan! Kerana nabi dulu juga begitu. Namun sahabat, ketahuilah bahawa Allah amat menyayangi nabi. Seluruh isi langit memuji-muji nabi. Oleh itu, usah dirimu bersedih kerana Allah tidak mengukur dirimu melalui harta, namun Allah melihat dirimu dengan takwa. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment